Rojak Daily Logo
Back to top

"Kuala Lumpur Adalah Lokasi Konsert Paling Hebat" - One Republic

10,000 orang membanjiri Stadium Merdeka malam tadi.

0
comments
Foto: WGW Entertainment

Hangat, padat dan cukup bertenaga! Itulah tiga perkataan yang dapat menggambarkan betapa meriahnya konsert band popular One Republic Live in Malaysia 2018 yang berlangsung malam tadi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 

Vokal bertenaga Ryan Tedder.

Hampir 10,000 peminat dalam dan luar negara membanjiri Stadium Merdeka seawal jam 7 petang dan konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Zizan Razak menerusi lagu Chentaku dan gabungan Hendrick Huang, Tabitha Lam, Rachel Syuen, Pang Yi Jia, Pang Yi Chuen dan Madison Lau yang mendendangkan medley When You Believe, Always,  Love The Way You Lie dan See You Again.

 Zizan Razak selaku persembahan pembukaan.

Tepat jam 8.40 malam, pentas digegarkan dengan pukulan dram dan One Republic yang dianggotai oleh vokal utama, Ryan Tedder, Eddie Fisher, mula menhangatkan suasana malam dengan lagu pertama, Stop and Stare. Satu demi satu lagu dipersembahkan penuh bertenaga dan hampir semua yang berada di stadium turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu hit One Republic antaranya Secrets, Good Life, Feel Again, I Lived, Apologize, Counting Stars dan Love Runs Out.

 

Sebelum memulakan nyanyiannya, Ryan Tedder turut melahirkan rasa teruja mereka apabila dapat kembali mengadakan konsert sekali lagi di Kuala Lumpur, Malaysia. Menurutnya, "Kami sangat gembira dapat kembali ke Malaysia, lokasi konsert outdoor yang berlatarbelakangkan pelbagai bangunan bercahaya ini buatkan konsert ini sangat indah dan istimewa."

 One Republic janji akan kembali lagi.

Mendapat sokongan Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC),
One Republic bakal mengeluarkan single terbaru tak lama lagi, kami yakin 10,000 peminat setia One Republic tersenyum puas dan bangga melihat kumpulan muzik kesayangan mereka ini pasti akan kembali lagi.

 
 
Comments