Rojak Daily Logo
Back to top

[Video] “Tidak Salah Membantu, Semuanya Makhluk Allah” – Izzue Islam

Kongsi video supaya dapat terapkan nilai prihatin pada yang melihat.

0
comments
[Video] “Tidak Salah Membantu, Semuanya Makhluk Allah” – Izzue Islam
Ambil video untuk sama saling mengingati. (Pic: Instagram @izzueislam)

Sikap murni dan tindakan pantas Izzue Islam menyelamatkan anak anjing yang terjatuh dalam longkang menjadi tular selain mendapat perhatian netizen sekali gus dipuji ramai.

Malah video perkara itu turut dikongsinya di laman Instagram baru-baru ini berdekatan di kawasan perumahannya.

Bagi Izzue sekali pun haiwan itu haram dipegang dalam Islam, ia tidak menjadi penghalang untuknya menghulurkan bantuan.

“Sekalipun kita tak boleh pegang anjing, tapi Islam itu kan mudah. Andai kata terdesak, boleh saja pegang. Kemudian boleh disamak.

“Lagipun anjing yang Izzue tolong itu kecil lagi dan belum pandai nak lompat ke atas kerana longkang itu terlalu dalam. Bimbang juga anjing itu mati kesejukan kerana longkang terbabit itu turut dilitupi sedikit air.

“Tapi saya gunakan penyodok longkang untuk menyelamatkannya,” katanya.

Tambah Izzue lagi, sebenarnya sudah beberapa kali anjing berkenaan jatuh ke dalam longkang itu.

“Saya terdetik merakamkan hal itu supaya orang lain juga prihatin dan dapat membuat hal sama.

“Tak dinafikan, ada yang memandang ‘jijik’ kepada anjing hanya kerana kita diharamkan menyentuhnya. Tapi ingatlah, anjing pun makhluk Allah. Kita sesama makhluk digalakkan saling membantu.

“Kepada masyarakat di luar sana rajin-rajinlah bantu haiwan jalanan seperti anjing sebegitu terutamanya apabila mereka dalam kesusahan. Saya percaya ramai antara kita tebal dengan sikap kasih sayang terhadap haiwan.

“Setiap orang ada pendapat dan alasan masing-masing. Ia bukanlah satu isu selagi kita tahu batas dan cara yang betul,” kata penyanyi lagu Muzik Tiduranku itu.

 
 
Comments