Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Terpisah Dari Ibunya, Anak Harimau Dibius Untuk Diseludup

Ketika diselamatkan, anak harimau tersebut lemah dan mengalami dehidrasi.

0
comments
Terpisah Dari Ibunya, Anak Harimau Dibius Untuk Diseludup

Alangkah luluhnya hati melihat wajah seekor anak harimau yang comel dan lemah dalam sebuah kotak plastik.

Cubaan seludup haiwan terancam.

Anak harimau Bengal yang berusia dua tahun ini telah dibungkus di dalam sebuah kotak plastik untuk diseludup menerusi penghantaran ekspres.

 Lemah tetapi tetap comel.

Diselamatkan oleh polis Mexico, mujurlah anjing pengesan menghidu sesuatu yang mencurigakan. Menurut sumber, seorang individu telah mencuba untuk menyeludup anak harimau itu dari negara barat Jalisco kepada alamat di tengah negeri Queretaro.

 Dihantar di pusat penjagaan haiwan.

Menurut sumber juga, anak harimau tersebut mengalami dehidrasi tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan lain. Dia juga telah dihantar ke pusat pengurusan haiwan.

 
 
 
Comments