Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Cahaya Mata Indahkan Kehidupan Amyra dan Amar

Lahir lebih awal dari tarikh yang dijangkakan.

0
comments
Cahaya Mata Indahkan Kehidupan Amyra dan Amar
Cahaya mata sulung Amar dan Amyra (Pic: Instagram @amarbaharin)

Kehadiran cahaya mata pasti akan terus lagi memeriahkan lagi rumah tangga yang dibina. Mahligai bahagai pasangan artis, Amyra Rosli dan Amar Baharin juga akhirnya diserikan dengan kelahiran anak lelaki sulung mereka pada tengahari, 15 Oktober, kira-kira jam 12.07.

Bayi dengan berat 2.48 kilogram itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court.

Amyra dan Amar masing -masing berkongsi kegembiraan itu di laman Instagram.

Ia bermula dengan Amyra sendiri memuat naik gambar yang menampakkan tangan anak mereka. Ia kemudiannya direpost oleh Amar.

"Alhamdulillah. Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan. Amin.

"Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulis Amyra.

Muat naik gambar berkenaan seperti biasa mendapat perhatian ramai termasuk teman artis yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad yang dihubungi memberitahu bayi lelaki itu menjadi cucu pertama bagi keluarganya dan sebelah Amar.

“Ikut jangkaannya Amyra patut melahirkan anak pertamanya pada 25 Oktober ini. Tapi kuasa Tuhan, anak mereka nampaknya nak keluar lebih awal.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Ibu dan anak dalam keadaan stabil,” kata Noor Zaridah.

Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November tahun lalu di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

 
 
Comments