Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Fathia ‘Jerut Diri’ Sekali Lagi

Mahu tunjuk pandai, akhirnya memakan diri sendiri.

0
comments
Fathia ‘Jerut Diri’ Sekali Lagi
Fathia 'tidak faham' tajuk berita kenyataan YB Khairy Jamaluddin. (Pic: Instagram @fatiyalatiff dan @khairykj)

Artis sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih dikenali dengan nama komersial Fathia Latiff kembali ‘menjerut diri’ dengan kontroversi baru apabila sekali lagi dikecam dek tersalah tafsir sebuah tajuk berita yang dipaparkan di sebuah tajuk berita online berbahasa Inggeris.

Tajuk berita itu membabitkan cerita Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berbunyi, Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050.

Pelakon drama Ariana Rose itu membuat kesimpulan sendiri berdasarkan tajuk itu dengan melihat ia tidak relevan kerana negara kita tidak lagi akan menggunakan wang tunai bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke? buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut," tulisnya dengan memuat naik semula paparan skrin berita berkenaan di laman Twitter.

Entah apa agaknya yang bermain di fikiran pelakon bertudung ketika itu. Rata-rata menyifatkan Fathia begitu melulu dan cuba jadi bijak tak kena gaya. Lalu seperti biasa ia menjadi ruang kepada netizen untuk terus menghentamnya. Tak kurang juga menyifatkan dia sebagai pendek akal.

Tidak terhenti di situ dan saat menyedari khilaf dirinya, Fathia kemudiannya memuat naik status seperti mahu menegakkan benang yang basah dengan menyifatkan perkataan ‘cashless’ itu boleh dilihat daripada banyak maksud.

"Cashless: broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip," tulisnya kembali di laman Twitter.

Netizen juga melihat pelakon berkenaan hanya sekadar membaca tajuk berita itu tanpa melihat isi kandungan yang ditulis sebelum mengeluarkan pendapatnya.

Oh ya. Cashless society itu bermaksud masyarakat tanpa tunai dengan menjalankan transaksi jual beli secara digital atau menerusi kad debit atau kredit.

September lalu, Fathia terdahulu panas dengan kontroversi menerusi rakaman video di aplikasi Bigo Live bersama pelakon baharu, Natasha Elyzza, apabila kelibat wanita dalam rakaman itu dikatakan mirip dirinya. Dia akhirnya turut mengakui memang itu dirinya.

 
 
Comments