Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Achey Dedikasi Single Sulung Buat Isteri, Himpun Susah Senang Hidup Bersama Selepas Enam Tahun

Juga mahu buktikan dia serba boleh.

0
comments
Achey Dedikasi Single Sulung Buat Isteri, Himpun Susah Senang Hidup Bersama Selepas Enam Tahun
Dedikasikan lagu buat isteri. (Pic: Instagram @anne_achey)

Sinonim dengan watak komedi, Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013, Achey menyerlahkan sisi seriusnya sebagai penyanyi pula.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah sebelum ini cukup terkenal sebagai pelawak, pengacara dan pelakon. Malah dia juga mencipta kejutan tersendiri selepas berlakon filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2.

Tiada niat bersaing.

Namun kata Achey, niatnya menceburi dunia nyanyian bukan untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada. Namun sekadar membuktikan dirinya boleh menjadi serba boleh dan tidak statik dengan satu bidang semata-mata.

Bahkan lagu berjudul Yang Terindah itu turut menjadi dedikasi khas dan istimewa Achey buat Nor Hasanah Yahaya. Menurut Achey, single pertama nyanyiannya itu ialah hadiah bersempena ulang tahun kelahiran ke-27 isterinya, Nor Hasanah Yahaya, pada April tahun lalu.

Kisah hidup sendiri, kisah pengorbanan suami isteri.

“Lagu ini saya rakam November tahun lalu. Ia memang dituju buat isteri saya. Ia dicipta berdasarkan kisah saya dan orang rumah serta pengorbanannya. Ia mengisahkan perjalanan enam tahun kehidupan berumahtangga bersama-sama isteri. Termasuk kesusahan yang kami lalu. Segala pahit getir itu menjadi pengalaman yang mematangkan diri. Ia diatasi dengan doa dan segala ujian itu kami terima dengan lapang dada.

Tulis lirik dan melodi sendiri.

“Lagu dan lirik saya sendiri yang hasilkan. Ia disusun jadi lebih indah oleh komposer Zimy yang juga anggota kumpulan The Majistret. Terima kasih Zimy juga yang memberi kepercayaan untuk saya merealisasikan semua ini.

“Saya tak berniat nak berlawan dengan penyanyi lain. Tapi kalau dengar lagu ini, itulah cara saya menyanyi. Layak atau tidak, itulah cara saya. Ia juga menjadi lagu koleksi saya buat orang rumah,” katanya.

Modal buat persembahan.

Menurut Achey lagi, lagu yang dibikin itu juga dapat dijadikan modal ketika diundang membuat persembahan.

“Saya cuba mempelbagaikan bakat yang ada. Tak salah pun sebenarnya. Saya hanya mahu memeriahkan industri hiburan.

Kira bonus jika radio putarkan lagu.

“Kalau lagu ini dimainkan di radio pun kira bonus. Setakat ini ada beberapa pihak radio berminat memutarkan lagu saya,” katanya.

Achey kini sedang melunaskan penggambaran drama Tuyul Ke London bergandingan dengan Datuk Aliff Syukri dan Atu Zero.

 
 
Comments



Back to top