Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Susah Sangat Ke Nak Masak Maggi Kari Paling Sedap Di Dunia?

Cili padi dan telur mata cair wajib ada.

0
comments
Susah Sangat Ke Nak Masak Maggi Kari Paling Sedap Di Dunia?
Gambar: Wan Luqman dan Rojak Daily

Amboi benda yang senang dimasak cepat dimakan ini pun menjadi viral di laman sosial gara-gara cara paling sedap masak Maggi kari. Kalau ada setengah orang yang terlalu malas dan hanya letak air panas sahaja, mungkin anda boleh cuba resipi seorang jejaka ini yang telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook. Inilah caranya untuk anda masak Maggi kari paling sedap di dunia.

Cara-caranya:

1. Tumis bawang kecil dan cili padi dengan hanya sesudu minyak sahaja sehingga sedikit garing sahaja. Kemudian masukkan air.

2. Untuk sukatan air mudah sahaja. Anda hanya sukat menggunakan bungkusan plastik Maggi itu sendiri.

3. Mee Maggi itu harus dipatahkan empat bahagian atau empat ketul kemudian masukkan ke dalam air yang sedang dididihkan.

4. kemudian terus masukkan serbuk perencah, dan kacau terus. Biarkan dalam seminit sehingga air mula menggelegak dan terus masukkan sebiji telur.

5. Kemuncak penyudah memasak Maggi ini ialah apabila air telah mendidih, segera tutup api dan sedia dihidangkan (jumlah masa penyediaan ialah 2 minit). 

Tips: Kita taknak masak Maggi tu dengan air mendidih kelak mee akan kembang semangkuk. Selamat mencuba resipi Maggi paling sedap ini!
 
 
Comments



Back to top