Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

“Beri Saya RM3 Juta Dan Saya Akan Hasilkan Sebuah Konsert Yang Hebat.” - Datuk Sheila Majid

Kecewa dengan mereka yang memperlekehkan kehebatan artis tempatan.

0
comments
“Beri Saya RM3 Juta Dan Saya Akan Hasilkan Sebuah Konsert Yang Hebat.” - Datuk Sheila Majid
Datuk Sheila bengan dengan mereka yang memperlekehkan kemampuan artis tempatan. (Gambar: Alexander Hadreez Jr.)

Ada sebab untuk penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid ‘naik hantu’ dengan sikap sesetengah pihak yang sering memperlekehkan artis tempatan terutama dalam penganjuran konsert. Sebagai penyanyi yang cukup sinonim dengan penganjuran konsert yang hebat dan terus diingati sehingag ke hari ini, kritikan seperti penyanyi Malaysia perlu mencontohi artis luar dalam penganjuran konsert tidak seharusnya wujud.

Kata Sheila kepada Rojak Kaw Daily! jika diberi peluang dan bajet yang sesuai, bakat tempatan juga mampu menghasilkan konsert yang hebat.

“Saya pernah terbaca tulisan mengatakan artis tempatan perlu belajar cara artis luar menganjurkan konsert. Kita juga boleh menganjurkan konsert yang bagus seperti mereka. Beri saya RM3 juta dan saya akan hasilkan sebuah konsert yang hebat.

Datuk Sheila di majlis pelancaran album terbarunya, Boneka.

“Jika tiada bajet dan hanya mengharapkan konsert percuma, bagaimana artis tempatan akan maju serta dapat bersaing dengan mereka. Jangan perlekehkan kehebatan artis tempatan,” kata penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Pengemis Muda ini.

Bukan mahu mendabik dada tetapi menurut Sheila perkara itu diakui sendiri mastro muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

“Erwin Gutawa pernah menulis dalam bukunya dia banyak belajar daripada konsert Legenda yang dihasilkan produksi tempatan. Ketika itu, Erwin hanya bermain bass dan segala yang dipelajarinya dalam konsert itu diaplikasikan untuk penganjuran konsert di Indonesia. Cuba lihat bagaimana mereka sekarang. Mereka jauh lebih hebat daripada kita,” tegasnya dalam nada sedikit kecewa.

Pilih Stadium Negara sebagai lokasi konsert.

Sheila ditemui pada majlis pelancaran album Boneka yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis itu juga, penyanyi berusia 52 tahun ini turut mengumumkan yang beliau akan mengadakan konsert Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017 pada 5 Ogos depan di Stadium Negara. Pastinya berita itu cukup menggembirakan peminat Sheila yang sekian lama menantikan berita gembira itu.

Mengulas lokasi konsert berkenaan yang boleh disifatkan seperti sirih pulang ke gagang, menurut Sheila Stadium Negara sememangnya menjadi lokasi idamannya. Malah setiap kali ditemubual dan ditanya mengenai konsert, stadium berusia lima dekad itulah yang tidak lekang dari bibirnya.

Mahu semua peminat mampu membeli tiket konsert.

“Sebelum ini, saya pernah didekati pihak yang berminat mahu menaja konsert saya. Tetapi, saya menolak kerana lokasi dipilih bukan Stadium Negara. Saya mahukan stadium supaya semua kelompok peminat mampu membeli tiket.

“Saya juga mahu menunjukkan kepada semua, terutama generasi muda erti konsert yang sebenar. Apa ertinya konsert apabila menghimpunkan banyak nama besar tetapi setiap penyanyi hanya diberi peluang mempersembahkan satu atau dua lagu. Kalau begitu, bagaimana bakat seseorang penyanyi dapat diasah,”kata isteri kepada Datuk Acis ini.

Konsert Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017 dianjurkan IME Malaysia, More Entertainment dan disokong Magada Entertainment.

Tiket berharga RM98 hingga RM888 dijual mulai 14 April lalu menerusi www.ticketcharge.com.my.

 
 
Comments



Back to top