Rojak Daily Logo

10 Video 'Mencicah' Jejaka Thailand Ini Buat Kita Terliur

Reaksi tahan masam dan bunyi mengunyah Chumnan paling epik!

0
comments
10 Video 'Mencicah' Jejaka Thailand Ini Buat Kita Terliur
Gambar: Facebook Chumnan Maunghong

Pernah anda ternampak jejaka Thailand ini bersama dengan video dia mencicah buah-buahan? Ya, video dia mencicah dan menikmati buah-buahan masam buatkan kami terliur.

Chumnan Maunghong, 27, berasal dari Bangkok memang gemar menikmati buah-buahan dan dijadikan 'colek'. Walaupun sudah lama terkenal di laman sosial, pengikut Chumnan dilihat semakin ramai apabila setiap satu video resipi mencicahnnya menjadi ikutan.

Chumnan Maunghong

Dengan pengikut seramai 901, 348 setakat ini, video-video dia berkongsi cara membuat kuah penyicah buah-buahan dan menikmatinya mendapat sambutan ramai. Setiap satu videonya pasti mendapat lebih 20,000 likes dan dikongsi ribuan kali. Video Chumnan mencicah buah limau purut masam sahaja telah mendapat sehingga 9.5 juta tontonan.

Tidak hanya gemarkan mangga muda, Chumnan suka bereksperimen dengan apa jua buah termasuklah stawberry dan kiwi untuk dicicah. Reaksi Chumnan menahan masam setiap kali selepas suapan juga antara penarik videonya. Menggunakan bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kuah pencicah, Chumnan akan meletakkan gula, serbuk cili, sos ikan dan sedikit ajinamoto lalu digaul hingga sebati dan dicampur dengan buah-buahan.

Berdasarkan komen-komen netizen di laman Facebooknya, rata-ratanya juga terliur, memuji keenakan dan tidak kurang yang bertanya sama ada pernah tak dia mengalami masalah sakit perut atau gastrik kerana terlalu suka menikmati makanan masam.

Mari kita lihat 10 video Chumnan mencicah buah-buahan yang boleh anda cuba selepas ini.
 

1) Mangga muda

2) Stawberry

3) Cermai

4) Limau purut

5) Mangga muda dan kiwi

6) Laici

7) Mangga muda

8) Rambai

9) Limau bali

10) Jambu air

 
 
Comments



Back to top