Rojak Daily Logo
Back to top

8 Bahaya Dadah Amfetamin Yang Kita Masih Tak Tahu

Amfetamin boleh buat penagih jadi gila!

0
comments
8 Bahaya Dadah Amfetamin Yang Kita Masih Tak Tahu
Gambar: Free Malaysia Today dan Wikipedia

Malaysia telah digemparkan dengan insiden seorang remaja memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Sungai Dua menghala ke Butterworth semalam. Kejadian berakhir dengan beberapa kemalangan sehingga meragut nyawa seorang pemandu, Mohamad Fandi Rosli, 26.

Menurut laporan di dalam The Star, remaja yang dikenali sebagai Ng Pei Ven, 19 tahun didakwa berada di bawah pengaruh dadah jenis amfetamin selepas keputusan air kencing diperolehi. Amfetamin adalah sejenis dadah peransang buatan manusia. Dadah perangsang jenis amfetamin dan metamfetamin (syabu) adalah dadah yang sangat berbahaya.

Dadah jenis ini berupaya mengaktifkan sistem tertentu otak lantas menyebabkan ketagihan kuat pada seseorang. Di Malaysia, ia mula digunakan secara berleluasa kira-kira dua tiga tahun yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin. Dadah jenis peransang ini terkenal di kalangan para penagih baru yang menganggap dadah itu `selamat' tanpa sebarang kesan ketagihan. Ia merembeskan neurotransmiter dopamin iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekali gus melimpahi pengguna dengan perasaan yang begitu menyeronokkan.

Ini 8 bahaya dadah peransang amfetamin pada tubuh manusia:

  1. Pengguna yang baru pertama kali mengambil amfetamin, kesan yang dirasai ialah peningkatan fokus dalam aktiviti yang dilakukan, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan.
  2. Wujud perasaan yakin pada diri sendiri dan boleh berjaga tanpa tidur selama 2,3 hari.
  3. Amfetamin boleh menghilangkan keletihan, menimbulkan rasa kesegaran, percaya kepada diri sendiri dan berasa gembira. Namun, ia akan diikuti dengan perasaan kecewa atau sugul.
  4. Penagih akan mula gelisah, fikiran keliru, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala dan suhu badan meningkat.
  5. Penagih akan mengalami tekanan darah tinggi, jantung tidak dapat berfungsi secara normal, pendarahan pada otak akibat tekanan darah tinggi, kancing gigi dan sawan.
  6. Penagih juga boleh menunjukkan ciri-ciri psikotik (kurang siuman), antaranya halusinasi pendengaran, gangguan mood dan delusi.
  7. Penagih kronik akan berasa mempunyai kebolehan luar biasa dan akan bertindak ganas. Mereka mampu melakukan aksi berani seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi.
  8. Jika terlalu kronik, penagih boleh menjadi gila sekiranya tidak berakhir dengan maut.
 
 
Comments