Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Hotel Di Bangkok Pilih Nama Raihan

Hotel pertama yang bercirikan Islam di kota Bangkok.

0
comments
Hotel Di Bangkok Pilih Nama Raihan
Gambar: Harian Metro

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid tersohor, Raihan. Penjualan album pertama Puji-Pujian melebihi 700,000 unit pada 1996 menjadi pencapaian terbaik kumpulan Raihan yang kekal bertahan sehingga ke hari ini walaupun hanya tinggal bertiga. 

Sering menerima undangan nyanyian di luar negara juga bukan sesuatu yang menghairankan apabila mereka berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan terus menjadi sebutan peminat luar.

Dianggotai oleh tiga anggota asalnya, Che Amran Idris, 48, Abu Bakar Mohd Yatim, 47, dan Amran Ibrahim, 46, mereka kini meluaskan empayar di Bangkok Thailand bagi menjayakan persembahan pada majlis pelancaran Hotel Al Meroz, Bangkok yang berlangsung pada 13 Februari lalu.

Lebih istimewa, Ketua Pegawai Eksekutif hotel, Rausak Mulsap, memilih mengabadikan nama Raihan pada bilik seminar hotel bercirikan Islam pertama di bandar raya Bangkok itu.

Menurut Che Amran, “kami terharu apabila isteri pemilik Hotel Al Meroz beriya-iya menamakan bilik seminar dengan nama Raihan”. Penghargaan seperti ini antara pembakar semangat untuk mereka terus berdakwah dan menghiburkan peminat.

Dijadualkan untuk berkunjung beberapa daerah di Thailand, layanan yang diterima di setiap lokasi yang dilawati cukup mesra, sekali gus menggambarkan penghargaan dan sokongan peminat terhadap kumpulan nasyid ini tidak pernah padam.

Selain sibuk menyanyi, Raihan juga aktif berniaga menerusi syarikat MK Label milik pemain gitar terkenal Man Kidal.

Sumber: Harian Metro

 
 
Comments



Back to top