Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Nora Danish Bakal Berkahwin Tahun Ini?

Belum bersedia memaklumkan tarikh perkahwinan.

0
comments
Nora Danish Bakal Berkahwin Tahun Ini?
Janji akan umumkan bila sampai masanya nanti. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon popular Nora Danish mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya Nedim Nazri, tahun ini. Nora, 36, bagaimanapun belum bersedia berkongsi lebih lanjut tarikh dan butiran majlis perkahwinan.

"Memang benar saya akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.  Insya Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk meuar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini," katanya kepada Rojak Daily Kaw!.

"Memang tahun ini, tapi tarikhnya nanti dulu" - Nora Danish. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Sama ada majlis perkahwinan mereka akan berlangsung sebelum sambutan Aidilfitri ini, Nora tetap tidak berganjak daripada jawapan sebelumnya.

"Saya akan maklumkan nanti," katanya.

Nora menjelaskan hal perkahwinan beliau ketika ditemui di Malam Gala filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, di mana beliau turut sama terlibat di dalam filem tersebut.

Nora Danish mahu kurangkan aktiviti lakonan dan fokus kepada perniagaan selepas berkahwin. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Desas desus mengenai perkahwinan Nora dan Nedim mulai diperkatakan sejak tahun lalu.  Namun ketika itu Nora belum memberikan sebarang kepastian berkenaan perancangan perkahwinan mereka.

Pada masa sama, Nora mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti lakonan selepas berkahwin nanti.

Nora Danish turut berlakon dalam Surga Yang Tak Dirindukan 2, dengan lakonan mantap dan bersahaja. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

"Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang. Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri. Tambahan pula saya memiliki  perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus," katanya.

 
 
Comments



Back to top