Rojak Daily Logo

Zamani Mahu Ulang Magis Gerimis Mengundang

0
comments
Zamani Mahu Ulang Magis Gerimis Mengundang
Zamani mahu kembalikan kegemilangan (Kredit Gambar: Instagram @zamanislam_official)

Siapa yang tidak kenal dengan Zamani vokalis kumpulan Slam. Suatu ketika dulu, Zamani memang popular dan menjadi kegilaan dengan vokal power nya yang pasti mencuri hati setiap yang mendengar terutamanya golongan wanita.

RojakDaily Kaw! sempat bertemu dengan Zamani yang kelihatan semakin sihat selepas pernah berperang dengan kesilapannya mengambil bahan terlarang suatu ketika dulu.

Tetap cool dan ramah berbual, penyanyi berusia 45 tahun ini mengakui masih aktif dan menerima banyak undangan persembahan. Katanya, dia juga sedang merancang menerbitkan album baharu tidak lama lagi. Good news untuk penggemar Zamani.

Selesa bergerak solo, Zamani mangakui sukar untuk cari lagu berhantu atau hits seperti yang pernah dibawanya sebelum ini. Lagu-lagu seperti Tak Mungkin Berpaling, Kembali Terjalin dan Jika Kau Rasa Getarnya sebagai contoh antara yang terus evergreen sampai hari ini.

Zamani kini lebih selesa bergerak secara solo (Kredit Gambar: Instagram @zamanislam_official)

"Sebenarnya susah untuk dapatkan lagu sedap pada masa kini. Saya akui bukan senang untuk dapat lagu seperti Gerimis Mengundang.

"Saya memang harap dapat ulangi magis lagu seperti itu yang memang melekat di hati peminat," katanya.

Zamani berkata, beliau turut tersilap langkah apabila tampil dengan single Tambatan Hati yang mengikut aliran muzik semasa.

Salah langkah, apabila ramai peminat yang tidak boleh terima lagu itu kerana bagi mereka ia tidak sesuai dengan vokal Zamani.

"Saya terima teguran peminat dan akur apa yang mereka katakan. Saya memang sedang berusaha untuk cari lagu yang kena dengan saya dan digemari peminat," katanya.

Akur dengan teguran peminat yang mahukan beliau menyanyikan lagu bersesuaian dengan kemampuan vokalnya (Kredit Gambar: Instagram @zamanislam_official)

Bertanya mengenai soal acting, dia berkata itu bukan fokus utama dan lebih mahu memberikan tumpuan pada dunia nyanyian.

Zamani pernah muncul dalam filem Bara dan telefilem Syair Si Pari-pari.

Untuk semua fans Zamani, korang semua jangan lupa ikuti perkembangan penyanyi yang sentiasa positif ini, kerana tuan punya badan beritahu ada merancang untuk tampil dengan konsert mini.

"Selain tumpuan mencari material lagu, saya memang ada rancang untuk konsert mini. Apapun nantikan perkembangan dari saya," katanya.

 
 
Comments



Back to top