Rojak Daily Logo

Giliran Deanna Yusoff Jadi Hantu Cantik Tandingi Maya Karin?

0
comments
Giliran Deanna Yusoff Jadi Hantu Cantik Tandingi Maya Karin?
Ketika Maya Karin membintangi filem Pontianak Harum Sundal Malam, kira-kira 13 tahun lalu, dia dianggap hantu paling cantik. Sama ada faktor kecantikkannya dalam filem itu menjadi subjek kepada tarikan penonton atau sebaliknya, Maya membuktikan bakat lakonannya dalam filem tersebut diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-49 pada tahun 2004. 

Menunggu giliran hantu cantik seterusnya dipertontonkan ke layar perak, peminat filem seram tempatan kali ini berpeluang menyaksikan pelakon senior, Deanna Yusoff kembali dengan sebuah filem seram, Aku Haus Darah Mu yang akan ditayangkan di pawagam bermula 2 Februari depan.

Dalam filem ini, pelakon berusia 50 tahun ini memainkan karakter seorang wanita 'tua' yang meminati tarian tradisional Melayu dan India. Filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini turut dibintangi Nad Zainal sebagai ahli antropologi dalam bidang seni tarian yang berkunjung ke sebuah kampung untuk membuat kajiannya. 



Bagi peminat setia Deanna, lakonannya tetap dinantikan tidak kira apa genre sekalipun. Filem Abang '92 lakonan bersama Azhar Sulaiman dan Selubung (watak utama bersama Datuk M. Nasir) antara filem yang berjaya melonjak populariti Deanna sebagai pelakon. Deanna sendiri pernah membintangi filem seram, Chermin pada tahun 2007 dan sedekad berlalu, dia muncul bersama filem terbaru, Aku Haus Darah Mu.

Bagaimanapun, aspek hantu cantik bukan faktor jaminan sesebuah filem itu laris tetapi ia tetap bergantung pada banyak aspek pembikinan filem itu sendiri seperti lakon layar dan mutu lakonan yang memberi kesan pada penonton dan petaruhan Deanna mungkin adalah formula terbaik yang boleh menjadi.

  
 
 
Comments



Back to top