Rojak Daily Logo

Jom Tengok 16 Selebriti Lelaki (Yang Belum Berkahwin) Paling Kacak, Bergaya dan Macho!

0
comments
Jom Tengok 16 Selebriti Lelaki (Yang Belum Berkahwin) Paling Kacak, Bergaya dan Macho!
16 Lelaki kacak yang dipilih sepanjang tahun 2016 (Kredit Gambar: Instagram)

Tahun 2016, banyak kisah-kisah menarik artis yang dipaparkan. Tapi kita nak ringankan minda. Cara paling mudah, jom tengok 16 selebriti lelaki yang paling kacak, bergaya dan macho!

1.  Remy Ishak

(Kredit Gambar: Instagram @remyishak)

Remy adalah lelaki yang diimpikan setiap wanita. Dengan wajahnya yang tampan, susuk tubuh yang menarik serta pertuturannya yang sangat menghormati orang lain. Remy memang layak di kedudukan teratas.

2.  Fattah Amin

(Kredit Gambar: Instagram @fattahaminz)

Lonjakan dirinya melalui Suri Hati Mr. Pilot menjadikan nama Fattah meniti dari bibir ke bibir. Apatah lagi 'Lofattah' menunjukkan sisi beliau yang romantis ketika bersama Neelofa.

3.  Adib Khalid

(Kredit Gambar: Instagram @adib_khalid)

Anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza ini semakin menjadi tumpuan ramai. Setiap kali bergambar, Adib akan sentiasa kelihatan kemas dan bergaya. Dengan wajahnya yang kacak, sedap mata memandang.

4.  Zul Ariffin

(Kredit Gambar: Instagram @zul_ariffin)

Tubuhnya yang sasa, rupanya yang macho dan ketinggiannya menjadikan Zul Ariffin antara selebriti lelaki yang diminati ramai. 

5.  Aiman Hakim Ridza

(Kredit Gambar: Instagram @aimanhakimridza)

Walaupun bermula dengan bidang nyanyian, Aiman yang berketinggian 6 kaki 1 inci ini lebih dikenali sebagai seorang pelakon. Wajah tampannya juga menjadi kegilaan para gadis.

6.  Syafie Naswip

(Kredit Gambar: Instagram @syafienaswip)

Bermula sebagai pelakon cilik, kini Syafie boleh dikategorikan sebagai anak muda yang semakin kacak bergaya, apatah lagi beliau mula menyimpan jambang tanda kematangan diri.

7.  Zizan Razak

(Kredit Gambar: Instagram @zizanrazak869)

Hitam manis pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi ini turut menjadikan beliau salah seorang selebriti kacak tahun 2016. 

8.  Anuar Zain

(Kredit Gambar: Instagram @anuarzainnetwork)

Susah untuk menggambarkan kegilaan wanita terhadap penyanyi lelaki nombor satu Malaysia ini. Setiap kali beliau membuat persembahan, mesti ada wanita yang seakan 'histeria' dengan suaranya yang merdu dan wajahnya yang tampan.

9.  Johan As'ari

(Kredit Gambar: Instagram @johanarrif)

Walaupun mula dikenali dengan watak gelap, lelaki ini sering berkongsi ilmu di instagram beliau. Mungkin itu antara sebab beliau adalah selebriti yang senang didekati dan ramai makcik-makcik mahu bermenantukan beliau.

10. Jep Sepahtu

(Kredit Gambar: Instagram @jepsepahtu)

Jangan pandang ringan dengan pelawak kerana Jep sememangnya antara selebriti yang menjadi ikutan ramai peminat wanita. Kelakar dan kacak pastinya mampu membuatkan wanita tersenyum didampingi beliau.

11. Daler Yusuf

(Kredit Gambar: Instagram @daleryusuf)

Bermula sebagai model dan terjun ke bidang lakonan, wajah kacukan ini mampu membuatkan hati wanita cair. Pembabitannya dalam bidang lakonan mungkin masih awal, tetapi beliau sudah nampak impak di dalam industri.

12. Kamal Adli

(Kredit Gambar: Instagram @kamaladli)

Melihat pada raut wajahnya yang mudah berubah-rubah sudah tahu bahawa Kamal Adli antara pelakon yang hebat. Di tambah pula dengan paras yang kacak, tidak hairanlah beliau sering menjadi tumpuan peminat.

13. Sharnaaz Ahmad

(Kredit Gambar: Instagram @sharnaazahmad)

Ramailah wanita di luar sana yang mungkin patah hati bila Sharnaaz mengumumkan tarikh perkahwinan beliau. Wajah macho beliau dan pendirian yang dipegang selalu disalah ertikan sebagai panas baran. Apa-apa pun, kita doakan semoga Sharnaaz bahagia ke anak cucu.

14. Azrel Ismail

(Kredit Gambar: Instagram @azrelismail)

Hero kacak ini sememangnya pandai bergaya. Apatah lagi mempunyai susuk tubuh yang hebat, pakai apa saja pun nampak bergaya. Masih mencari ruang untuk lebih dikenali, tahun 2017 mungkin menjadi tahun hebat untuk Azrel.

15. Erwin Dawson

(Kredit Gambar: Instagram @erwin_dawson)

Pelakon kacukan ini juga dalam proses menempa nama dalam bidang lakonan. Beberapa telefilem dan drama rangkaian bakal menanti untuk ditayangkan mungkin boleh menceritakan bakat pelakon kacak ini.

16. Fahmi Esmail

(Kredit Gambar: Instagram @fahmiesmail)

Namanya mungkin agak baru namun penyanyi kacak ini yang baru memasuki usia 29 tahun pada 2hb Januari lalu mungkin sudah mula mengutip peminatnya sendiri. Gemar bergaya dan mencuba fesyen terkini, Fahmi tersenarai antara 16 orang selebriti kacak bergaya dan macho!

Terlalu ramai selebriti yang mempunyai paras rupa yang kacak, malah cukup bergaya dan macho. Siapa selebriti pilihan anda?

 
 
Comments



Back to top