Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Lupakan Baju KLCC, Ini Busana Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2008 - 2015 Yang Pasti Buat Anda Terpegun!

Baju Kebangsaan Miss Universe Serata Dunia Juga Banyak Yang Pelik.

0
comments
Lupakan Baju KLCC, Ini Busana Kebangsaan Miss Universe Malaysia 2008 - 2015 Yang Pasti Buat Anda Terpegun!
Gambar: Elle Malaysia dan Pinterest

Perhatian netizen baru-baru ini terarah pada baju kebangsaan yang akan dipakai oleh Kiran Jassal pada pertandingan Miss Universe 2016. Simpan kritikan anda sekejap dan jom kita lihat koleksi Miss Universe Malaysia dari tahun 2008 hingga kini. Banyak elemen tradisional seperti songket, batik, wau bulan dan sebagainya digunakan namun Malaysia belum pernah memenangi sebarang anugerah pakaian kebangsaan. Diharapkan tahun 2016 dengan elemen KLCC, membawa tuah pada negara kita. 


2008
Levy Li Su Lin
Tema: Puteri Perak

Gambar: China Daily

Miss Universe Malaysia 2008, Levy Li Su Lin tampil gagah dalam sepersalinan baju Puteri Perak pada pertandingan Miss Universe 2008 yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada 22 Jun 2008. Pengunaan songket pelbagai warna ini menambahkan lagi seri jelas melambangkan identiti Malaysia yang kaya budaya.


2009
Joanna Belle Ng
Tema: Bangsawan

Gambar: Miss Malaysia Pageant

Berlangsung di Atlantis Paradise Island, Nassau, Bahamas, songket ungu bersulam benang emas menjadi latar bagi busana kebangsaan Malaysia kali ini. Bercirikan seakan-seakan bangsawan Malaysia, Joanna tampil jelita dengan koleksi gangsa di kepala yang berunsurkan puteri.


2010
Nadine Ann Thomas
Pereka: Amir Luqman
Tema: Cik Siti Wan Kembang

Gambar: Missosology 

Nadine kelihatan seperti pahlawan wanita yang gagah memperjuangkan negaranya. Mengangkat tema Cik Siti Wan Kembang, warna emas menjadi warna utama busana kebangsaan Malaysia di Pertandingan Miss Universe 2010 yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat. Seperti yang semua tahu, Cik Siti Wan Kembang adalah seorang puteri gagah yang berasal dari negeri Kelantan. Perekanya, Amir Luqman yang turut berasal dari Kelantan bijak bermain dengan warna emas dan coklat bagi memberikan elemen keberanian, kelembutan dan juga misteri.


2011
Deborah Henry
Pereka: Amir Luqman
Tema: Wau Bulan

Gambar: Malaysia Pageant

Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry bangga memperkenalkan Malaysia di mata dunia dalam persalinan yang dipanggil 'Wau' di pertandingan Miss Universe 2011 bertempat di Sao Paolo, Brazil. Diilhamkan daripada bentuk permainan tradisoinal Wau, direka oleh pereka terkenal, Amir Luqman. Bermain dengan kiasan, setiap elemen di kepala, batu-batu permata di bahagian badan serta regangan kain mempunyai maksud tersendiri yang turut melambangkan Malaysia. Persalinan indah ini menelan kos RM350,000.

2012
Kimberly Leggett
Pereka: Jovian Mandagie
Tema: Kebaya

Gambar: IBTimes UK

Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, Miss Universe Malaysia 2012, Kimberly Legget tampil mewah dengan persalinan daripada Jovian Mandagie. Karya hitam putih yang dinamakan kebaya ini menggunakan batik Terengganu dan dicampur dengan kehalusan Frence lace dan French Tulle. Tambah menawan, bulu burung unta digunakan menghiasi kepala kebaya. Berunsurkan elegan dan vintage, Kimberly antara yang menonjol ketika itu.


2013
Carey Ng
Pereka : Syomir Izwa
Tema: Puteri Perak

Gambar: Pinterest

Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe 2013 yang berlangsung di Krasnogorsk, Moscow. Tampil jelita dan gagah dalam persalinan Puteri Perak rekaan Syomir Izwa, sentuhan songket hitam benang emas ini jelas mengangkat wanita yang bercirikan gagah namun masih ada kelembutannya. Busana tradisional Puteri Perak ini benar-benar melambangkan seorang wanita moden yang gagah namun masih berpegang pada adat resamnya. Tidak hanya itu, Carey turut bijak bermain dengan peranannya sebagai puteri untuk menambah elemen drama.
 

2014
Sabrina Beneett
Pereka: Adila Long
Tema: Burung Kenyalang

Gambar: E!

Mengambil inspirasi burung Kenyalang yang mewakili negeri Sarawak, pereka Adila Long menerapkan elemen Borneo untuk dipersembahkan pada dunia ketika di pertandingan Miss Universe 2014 bertempat di Miami, Florida. Tampak lebih avant garde berbanding pakaian kebangsaan tahun terdahulunya, ia mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Dengan penggunaan warna yang menyerlah, pakaian ini menekankan tiga eleman iaitu Pua Kumbu, masyarakat etnik Borneo serta burung Kenyalang. Sabrina tampil gagah perkara di atas pentas.


2015
Vanessa Tevi Kumares
Pereka : Jovian Mandagie
Tema: Bunga Mas

Gambar: Pinterest

Pertama kali melihat busana kebangsaan di Miss Universe 2015 ini, hati kami terpaut pada keindahan rekaannya. Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, hasil sentuhan Jovian Mandagie ini menggunakan songket ungu dengan taburan Bunga Mas, yang pada masa dahulunya, songket ini diberikan sebagai cenderamata dari sultan kepada kerajaan Siam. Mahkota emas ciptaan Bremen Wong pula melengkapi persalinan kebangsaan Vanessa Tevi Kumares yang tampil penuh magis.


2016
Kiran Jassal
Pereka: Rizman Ruzaini
Tema: Menara berkembar Petronas

Gambar: Rizman Ruzaini

Menara Berkembar Petronas kemas tersemat di bahu Kiran Jassal, Miss Universe Malaysia 2016 yang akan membawa nama Malaysia ke pertandingan Miss Universe di Pasay City, Filipina, 30 Januari ini. Pakaian ini direka khas oleh pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini. Sebanyak 100,000 berlian perak pelbagai jenis digunakan untuk persalinan ini menjadikan beratnya 10kg.


Ini pula baju-baju kebangsaan Miss Universe serata dunia yang akan buat anda berkata, serius la?

Miss Universe Curacao

Gambar: Imgur

Miss Universe Venezuela

Gambar: Pinterest

Miss Universe Thailand

Gambar: The Nation

Miss Universe Nicaragua

Gambar: Pinterest

Miss Universe Indonesia

Gambar: Kompas

Miss Universe Canada

Gambar: Daily Mail

Miss Universe Ireland

Gambar: Imgur

Miss Universe Indonesia

Gambar: Cosmopolitan

Miss Universe India

Gambar: Harpers Bazaar

Miss Universe China

Gambar: Missosology

Miss Universe Argentina

Gambar: Pinterest

Miss Universe Peru

Gambar: Imgur

Miss Universe El Salvador

Gambar: Daily China

Miss Universe Guam

Gambar: E!
 
 
Comments