Rojak Daily Logo

Lohong Hitam Ini Ibarat Makhluk Besar Bersembunyi Di Bawah Katil-Adlyka

0
comments
Lohong Hitam Ini Ibarat Makhluk Besar Bersembunyi Di Bawah Katil-Adlyka
Nur Adlyka Ainul Annuar membuktikan tiada apa yang mampu menyekatnya daripada mencapai impian. Anak kelahiran Muar, Johor yang mendapat tajaan MARA untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Astrofizik di Centre of Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom seperti yang dilaporkan NST.
 
(Kredit Gambar: Facebook @Adlyka Annuar)
Adlyka, salah seorang daripada sekumpulan ahli astronomi yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam  supermasif di lingkaran kosmik, di sidang media American Astronomical Society meeting di Grapevine, Texas bagi membentangkan hasil penemuan mereka. Mereka melakukan kajian dengan cara menganalisis teleskop X-Ray terbaharu NASA yang dinamakan NuSTAR (Nuclear Spectroscopic Telescope Array).  Hasil kajian mereka mendapati terdapat kawasan tebal diselaputi gas di tengah-tengah lohong hitam yang terletak berhampiran galaksi bima sakti yang gagal dikenal pasti sehingga kini.  Hasil kajian ini membolehkan saintis mengesan jumlah lohong hitam supermasif yang terdapat di alam semester  yang dikatakan kali ganda lebih besar daripada matahari. Peralatan seperti NuSTAR ini digunakan kerana kemampuannya mengesan jumlah tenaga yang dipancarkan oleh sinar x-ray lohong hitam yang berjaya melepasi beberapa lapisan tebal gas dan debu, dan sekali gus mengesan lohong hitam supermasif ini.
 
 
 
Comments