Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

16 Selebriti Wanita (Belum Berkahwin) Paling Jelita, Menawan dan Berkarisma

Tahun 2016 baru seminggu lebih menutup tirai, tapi masih ada masa untuk mengimbau kembali.

0
comments
16 Selebriti Wanita (Belum Berkahwin) Paling Jelita, Menawan dan Berkarisma
16 selebriti wanita belum berkahwin (Kredit Gambar: Instagram)

Hujung minggu melepak bersama kawan-kawan, banyak yang dibualkan. Daripada topik berat sehinggalah yang ringan dan tidak membebankan kepala.

Antara yang dibualkan adalah siapa selebriti wanita Malaysia belum berumahtangga yang dikategorikan paling jelita, menawan dan berkarisma. 

1. Izara Aishah

Kejelitaannya memang tidak berbelah bagi. Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya serta raut wajahnya cukup menawan. Sikapnya yang humble turut menjadikan Izara mendapat undian paling tinggi.

2.  Fazura

Wanita ini cukup mengagumkan. Daripada pelakon menjadi business woman dan kini sudah bergelar penyanyi. Tahun 2017 bakal menyaksikan Fazura melangkah lebih jauh.

3.  Ayda Jebat

Dengan gaya yang ringkas tanpa calitan makeup yang tebal, Ayda Jebat punya kejelitaan semulajadi. Apatah lagi sikapnya yang peramah dan sentiasa melayan peminat dengan baik.

4.  Neelofa

Sentiasa pandai bergaya dan tahu apa yang bersesuaian dengan beliau, Neelofa memang layak berada di dalam kategori ini.

5.  Yuna

Berkarisma dan tahu apa yang diinginkan, Yuna menjadi idola ramai wanita di Malaysia. Apatah lagi beliau kini punya rangkaian jenama pakaiannya tersendiri. 

6.  Tiz Zaqyah

Inspirasi wanita moden dan bergaya. Itulah Tiz Zaqyah.   Ketawanya sahaja sudah boleh mencairkan hati lelaki.

7.  Emma Maembong

Kulitnya putih melepak bak sutera. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan dan kejelitaannya memang menjadi impian.

8.  Sharifah Amani

Kecil molek tetapi berjiwa besar. Sharifah Amani sentiasa tahu apa yang diinginkan sama ada dari segi berpakaian, mahupun dalam lakonan.

9.  Siti Saleha

Sudah bertunang, tetapi selagi belum bersuami, masih boleh dikategorikan single. Wanita kacukan ini sentiasa memenangi hati lelaki dengan lakonannya.

10. Kaka Azraff

Walaupun masih baru di bidang seni, namun tidak dinafikan Kaka sentiasa tampil trendy. Gaya manjanya juga membuatkan lelaki tidak senang duduk.

11. Mira Filza

Gadis bertudung ini sungguh ayu. Apatah lagi wajah Mira Filza ini sungguh tenang di pandang mata. Tahun 2016 menyaksikan Mira lebih banyak menumpukan masa menjadi pengacara berbanding dengan berlakon.

12. Zulin Aziz

Jangan terkejut wanita kelakar ini juga termasuk dalam kategori paling menawan. Zulin ada daya tarikan yang tersendiri yang amat menawan hati.

13. Nelydia Senrose

Seorang lagi wanita kacukan yang hangat di arena seni. Kejelitaannya memang tidak boleh dinafikan. Selepas melakukan undian antara adik beradik Senrose, Nelydia menjadi pilihan ramai.

14. Ummi Nazeera

Wajah Kemelayuan aslinya sangat menarik dan indah dipandang mata, sampaikan ada teman yang menggelarkan Ummi sebagai wanita Melayu terakhir. Tapi jangan kacau, Ummi sudah bertunang!

15. Janna Nick

Walaupun gayanya nampak sedikit 'tomboy', tapi tidak ada sesiapa yang mampu menidakkan keayuan wajah Janna Nick. Apatah lagi dengan gelak ketawanya itu.

16. Juliana Evans

Seorang lagi artis kacukan yang tersenarai. Walaupun ramai yang lebih gemar memilih wanita berwajah kemelayuan, tetapi tidak boleh dinafikan kejelitaan Juliana Evans.

Sekadar pilihan sepuluh orang lelaki yang kebosanan. Kalau nak diikutkan, pasti ramai lagi selebriti jelita dan menawan yang belum tersenarai. Siapa selebriti yang tidak tersenarai yang menjadi pilihan anda?

 
 
Comments



Back to top