Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Mengapa Aktor Jepun, Masahiko Tsugawa Tergamak Buat Sharifah Amani Menangis?

Pelakon veteran itu memberi penjelasan apa yang sebenar berlaku antara mereka.

0
comments
Mengapa Aktor Jepun, Masahiko Tsugawa Tergamak Buat Sharifah Amani Menangis?
Adegan menarik lakonan Sharifah Amani bersama Masahiko Tsugawa ketika pengambaran filem Pigeon di Pulau Pinang. (Gambar: qubicle.id)
Bekerja sebagai pelakon bukanlah perkara mudah jika mahu menjadi pelakon hebat yang menjiwai sesuatu karakter dengan mendalam. Nyata, kehebatan seorang pelakon senior Jepun, Masahiko Tsugawa ketika berlakon membuatkan pelakon tempatan, Sharifah Amani menangis di set penggambaran.

Pengalaman itu dikongsi aktor berusia 77 tahun ini ketika terbabit membintangi filem Pigeon yang dikatakan kurang mesra ketika penggambaran yang dijalankan di Pulau Pinang. Jelasnya, pengarah filem itu memberitahunnya Amani menangis kerana sikapnya sehingga menimbulkan persoalan padanya sendiri mengenai punca sebenar.

Tambahnya seperti dilaporkan Star2, Amani berangapan pelakon veteran itu tidak mesra tanpa mengetahui dia seorang yang ceria tetapi dalam menghayati karatker sebagai seorang lelaki tua yang kesunyian, dia perlu berada dalam karakter itu.

Katanya, Amani salah tafsir terhadap sikap sebenarnya yang menunjukkan tahap profesional seorang pelakon ketika pelakon itu menjalani penggambaran selama tujuh hari. Amani bagaimanapun, menyatakan dia sangat bertuah dan dihargai apabila diberi peluang menimba pengalaman dalam filem ini bersama kru luar negara.
 
 
Comments



Back to top