Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Akibat Orang Buat Pelamin Sakit, Pasangan Ini Berkahwin Dengan Pelamin Halaman Rumah

Pengantin bersolek sendiri dan memakai tudung RM10.

0
comments
Akibat Orang Buat Pelamin Sakit, Pasangan Ini Berkahwin Dengan Pelamin Halaman Rumah
Gambar: Ezaura Rafe

Siapa kata kalau nak kahwin, perlukan bajet berpuluh-puluh ribu? Siapa sangka dengan hanya satu musibah kecil, membawa 1001 kenangan bagi pasangan ini, Ezaura Rafe dan suaminya, Fadzli Fuzi.


Menurut Ezaura Rafe di Facebooknya, persandingan belah lelaki pada 31 Disember berlangsung di negeri Jelapang Padi. "Bermula dengan Pelamin takde. Sebab tiba-tiba orang nak buat pelamin tak sihat. Pening punya pening, Nasib baik mak metua ada lanskap yang ala-ala garden. tapi cantik lah atas tu pokok anggur. Jadilah, ambik kerusi kat umah mak, letak kerusi tengah2, amek sikit-sikit pasu bunga mak penuhkan kiri kanan lanskap tu. Mak pulak cuci lantai lanskap tu sebab ade taik burung. Adoi Gigih tak mak metua aku. hehe."
 


Dari pelamin yang serba sederhana, tak kan nak berbaju songket bagai? Jadi mereka memilih sepasang baju yang lebih menepati tema sederhana mereka iaitu baju melayu dan jubah dan juga bersolek sendiri. "Baju tu kain biase je, takde blink2, mak metua cakap p boh swarovski diamond (tiruan punye). Suami gigih letak bende tu kat baju. Tudung kosong beli RM10 tambah lah blink2 tu. Semua suami buat. Aku? aku dok tepi tolong sikit2, sebab dia nak sangat buat. aku bagilah. Bila pelamin tak ada, suami pandang dan berkata "makeup lah sendiri". HAHA Aku pun decide makeup la sendiri. Risau la nanti orang makeup tebal, sebab pakai jubah biasa je kannnnnn."
 


Lebih menjimatkan lagi apabila makanan pengantin hanya makan bertalam. Dah nama orang utara, mestilah menu hidangan wajib ada air asam dan nasi daging. Turut disertakan air kiwi asam boi. Jurugambar pun mereka tak upah kerana kawan-kawan suami Ezaura semuanya jurugambar. Dengan suasana sawah padi menghijau di Pendang, Kedah, memang cantik la gambar perkahwinan mereka.
 


Jadi kesimpulannya, nak kahwin ni tak perlukan bajet melimpah-ruah. Biarpun ringkas, majlis tetap berlangsung dengan meriah dan pasti menjadi satu memori indah buat pasangan dan keluarga.

Sumber: Ezaura Rafe
 
 
 
Comments