Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Faiz Subri Pakai Baju Melayu, Tengkolok Ke Anugerah Puskas FIFA 2016

Pemain tengah Pulau Pinang itu akan ke Zurich, Switzerland pada 9 Januari ini.

0
comments
Faiz Subri Pakai Baju Melayu, Tengkolok Ke Anugerah Puskas FIFA 2016
Mohd Faiz Subri masih tidak menyangka dan bersyukur pada Tuhan untuk pergi ke Anugerah Puskas FIFA 2016. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, 29, menerima hadiah berupa set persalinan baju Melayu serta tengkolok bernilai RM3,000 dari Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA). Majlis penyerahan busana tradisi Melayu itu diserahkan sendiri oleh Pengerusi ISMMA, Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Georgetown, hari ini.

Abdul Latiff berkata, hadiah istimewa itu diberikan kepada anak kelahiran Air Itam, Kedah itu untuk dipakai semasa menghadiri Anugerah Puskas FIFA 2016 yang akan berlangsung di Zurich, Switzerland pada 9 Januari ini. Mohd Faiz, berkata, dia cukup terharu dan bangga apabila menerima hadiah istimewa ISSMA selain berharap dapat memakai pakaian itu nanti.

"Biarpun arahan dan penetapan pakaian sudah diberikan dan saya berharap akan dapat memakainya ketika menerima anugerah itu nanti dan itulah impian saya. Saya juga amat berterima kasih kepada semua peminat bola sepak yang telah mengundi dan memberi sokongan moral untuk berjaya dipilih sehingga menjadi tiga calon akhir untuk anugerah itu.

"Saya masih lagi tidak menyangka akan ke Zurich dan apa yang mampu ungkapkan adalah perasaan bersyukur kepada Allah SWT kerana impian untuk membawa bersama isteri dan dua anak akhirnya menjadi kenyataan," katanya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Mohd Yusoff Latif dan Pengurus Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari. Sementara itu, Abdul Latiff berkata, hadiah istimewa ini diberikan sebagai tanda sokongan kepada Mohd Faiz yang mengimpikan untuk memakai pakaian Melayu ketika menghadiri Anugerah Puskas FIFA 2016 nanti.

"Saya bangga dengan semangat Mohd Faiz selain mengharapkan kejayaan akan menjadi miliknya dan Malaysia," katanya.
 
 
Comments



Back to top