Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Lepas Panjat IPOH, Viral Remaja Panjat Kren Pula

"Orang Ipoh ni memang suka memanjat ke?" - Netizen

0
comments
Lepas Panjat IPOH, Viral Remaja Panjat Kren Pula
Gambar: Youtube dan Twitter
Sejenis manusia yang konon nyawa ada sembilan ni kami tak berapa nak faham. Baru sahaja sekumpulan remaja dengan beberapa gambar mereka memanjat papan tanda IPOH di tepi Lebuhraya Utara Selatan menjadi viral dan menerima kecaman hebat rakyat Malaysia, kini ada seorang lagi remaja nak tunjuk berani dengan memanjat kren tinggi juga di Ipoh, Perak.

Aksi remaja tersebut memanjat kren secara berseorangan itu dirakamkan di atas kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) tanpa sebarang penggunaan tali keselamatan.

Menerusi Bernama, sebuah syarikat swasta Sycal Ventures Berhad telah membuat laporan polis mengenai remaja tersebut di Balai Polis Pekan Baru semalam.

Menurut pengurusnya, Mohd Pauzi Mat Isa, syarikat pembinaan berkenaan mahu pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sewajarnya diambil terhadap mereka?
 
 
Comments