Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Dara Ka Janda Nina Fazurina Raih Sambutan Memberangsangkan

Seramai 5,000 penonton menyaksikan pementasan teater tersebut, malam tadi.

0
comments
Dara Ka Janda Nina Fazurina Raih Sambutan Memberangsangkan
Nina Fazurina melahirkan rasa bangga apabila karyanya ini mendapat sambutan sejak bulan lalu. (Gambar: Facebook)
Pementasan teater muzikal, Dara Ka Janda arahan pelakon Siti Fazurina Famir mendapat sambutan hangat sempena Karnival Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) 2017 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Lebih 5,000 penonton hadir menyaksikan pementasan teater yang menampilkan barisan pelakon yang cukup berbakat besar seperti Nina Fazurina, Emelie Hanif, Zainol Ismail, Jalil Hussain, Abu Bakar, Zaliey Suhaili, EraFazira MatDin, Rudy, Din Tuah Raja Lawak, Apit Moskito, Razali Ridzuan, Saipul Bahari, Yuslina Yusof, Khairul Anuar, Siti Salwani, Ekin Mustafa, Danial Lee, Hykal Zulkifli dan ramai lagi.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku tetamu kehormat.  Pementasan teater muzikal arahan pertama Siti Fazurina Famir atau lebih mesra dikenali sebagai Nina Fazurina melahirkan rasa bangga apabila karyanya itu mendapat sambutan sejak bulan lalu. Terdahulu pementasan pertama dan kedua diadakan di Hotel Pen Mutiara Pulau Pinang pada 14 Disember dan 31 Disember lalu menunjukkan sambutan yang diterima cukup memberangsangkan.

Nina Fazurina berkata, kejayaan pementasan ini adalah hasil kerjasama semua tenaga produksi Dara Ka Janda yang berkerja keras dari awal termasuk sokongan dan dorongan pihak penaja termasuk Hotel dan Restoran Pen Mutiara, Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Shahreez Global Ventures dan ramai lagi.

"Insha Allah pada tahun ini Dara Ka Janda akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara selain beberapa pementasan teater yang lain akan dipentaskan," katanya.
 
 
 
Comments