Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Dr Vida Didakwa Kerana GST Tetapi Tidak Mengaku Bersalah

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty didakwa atas 32 pertuduhan.

0
comments
Dr Vida Didakwa Kerana GST Tetapi Tidak Mengaku Bersalah
Dr Vida tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan atas kesemua pertuduhan tersebut. (Gambar: nst)
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida didakwa 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 membabitkan jumlah sebanyak RM4.2 juta.

Bagi 16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7), beliau didakwa kerana gagal membayar cukai GST dan baki pertuduhan di bawah Seksyen 41 (6) gagal mengemukakan penyata cukai.

Pada prosiding kes itu di Mahkamah Seksyen Ipoh, Perak hari ini, beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan atas kesemua pertuduhan tersebut.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa melakukan kesalahan di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh. Pihak pendakwaan kemudian meminta jaminan sebanyak RM100,000 dikenakan pada setiap pertuduhan dan pasport tertuduh ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Laporan Astro Awani juga menyatakan peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya. 

Dr Vida kemudian diikat jamin sebanyak RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanannya diserahkan pada mahkamah sehingga perbicaraan selesai. Kes akan disebut semula pada 15 November ini, seperti dilaporkan Utusan Online.
 
 
Comments



Back to top