Rojak Daily Logo
Back to top

5 Resipi Ayam Wajib Cuba Lebaran Ini

Enak dinikmati bersama nasi, lemang dan ketupat.

0
comments
5 Resipi Ayam Wajib Cuba Lebaran Ini
Foto: Majalah Rasa, amie's little kitchen dan FriedChillies

Dah bosan dengan hidangan berasaskan daging? Sempena lagi beberapa hari nak menuju lebaran ini, ambil peluang untuk cuba lima resipi ayam yang pastinya membangkitkan selera anda dan tetamu nanti.

1) Ayam Masak Merah Tomato

Enak dinikmati bersama lemang.

Bahan-bahan:

  • 500g ayam (dipotong sederhana kecil)
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 batang serai (dititik)
 

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji tomato saiz besar
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
 

Cara penyediaan:

1. Goreng ayam sehingga separuh masak dan angkat.
2. Tumis bahan yang dikisar tadi hingga kuning dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula mengikut rasa.

2) Ayam Masak Halia

Cuba try dengan nasi impit, sedap!

Bahan-bahan:

  • 500g ayam (dipotong kecil)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu lada hitam
 

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak dan angkat.
2. Tumis hirisan bawang bersama halia dan masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada hitam. Kacau seketika.
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama dua hingga tiga minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
 

3) Ayam Masak Kicap

Hidangan pagi raya yang lain dari yang lain.

Bahan-bahan:

  • 500g ayam
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2cm halia (ditumbuk)
  • 5 biji cili padi (dipotong)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • Kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
 

Cara penyediaan:

1. Gaul dengan kunyit dan garam dan goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (satu cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
4. Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, sehingga masak.

4) Ayam Masak Lemak Cili Api

Sodapppp!

Bahan-bahan:

  • 500g ayam
  • 15-20 biji cili api (ditumbuk lumat atau dikisar - jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan anda)
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk bersama cili api)
  • 3 biji bawang (ditumbuk bersama cili api)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • Santan
  • Air 1 cawan
  • Garam secukup rasa
 

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas tanpa. Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api, kunyit dan bawang yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Bila dah sedikit kering, angkat.
2. Panaskan santan dalam periuk dengan api kecil hingga santan menggelegak.
3. Masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api, kunyit, bawang serta serai ke dalam periuk. Masukkan sedikit air ikut kesesuaian dan kacau. Masukkan garam dan tabur daun kunyit yang dihiris nipis.

5) Sup Ayam

Buat soto pagi raya pun best!

Bahan-bahan:

  • 500g ayam
 

Bahan untuk rempah tumis:

  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Daun Bawang
  • Rempah sup
  • 3 ulas bawang putih dan bawang merah
  • 2cm halia
 

Bahan-bahan untik dipotong dadu besar:

  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • Tomato (potong 4)
 

Cara penyediaan:

1. Panaskan tiga sudu besar minyak dalam periuk.
2. Tumiskan rempah tumis. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau dan biar sebentar.
4. Masukkan air, lebih kurang tiga cawan.
5. Bila sup mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
6. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.
7. Taburkan daun sup dan bawang goreng.

 
 
Comments