Rojak Daily Logo

Lagu Sedih Pagi Raya

0
comments
Lagu Sedih Pagi Raya

Tinggal beberapa hari Ramadan bakal meninggalkan kita, rata-rata warga kota telah merancang perjalanan balik ke kampung halaman. Kereta sudah diservis, pakaian telah dibeli, menu Aidilfitri telah disenarai dan duit raya telah dicongak. Dalam keterujaan merai lebaran, pasti ada insan yang sedang berduka. Kehilangan yang tersayang, dibuang keluarga, kurang kemampuan mahupun yang terpaksa merai lebaran sendirian akibat tuntutan pekerjaan. Kami senaraikan 10 lagu ini untuk anda. Mengapa lagu sedih? Kerana lagu ini punya nostalgia tersendiri, melembutkan hati yang kental dan mampu menitiskan air mata kerinduan.

Air Mata Syawal oleh Siti Nurhaliza

Dato' Siti Nurhaliza antara penyanyi prolifik dengan lagu raya. Air Mata Syawal, kisah perantau yang ingin pulang ke desa tetapi akibat kekangan, terpaksa melupakan sebentar hasrat beraya bersama ibu bapa.

Pulanglah oleh Aishah

Antara lagu raya paling sedih. Memang sedih beraya tanpa yang tersayang, lebih sedih si dia pulang bersama insan baru.

Ku Pohon Restu Ayah Ibu oleh Mamat Exist

Sebuah lagi lagu sedih yang mampu membuat perantau serta mereka yang telah kehilangan ibu ayah meraung di pagi raya.

Dari Jauh Ku Pohon Maaf oleh Sudirman

Muzik dan lirik lagu evergreen ini cukup menyentuh perasaan pendengar.

Cahaya Aidilfitri oleh Black Dog Bone

Setitis Cahaya Di Aidilfitri oleh Aishah

Seterusnya, lagu kedua nyanyian Aishah ini. Kami akui cukup dekat di hati dan sinonim dengan Aidilfitri.

Kepulangan Yang Dinanti oleh Aman Shah

Siapa yang tak sabar-sabar nak balik kampung selepas mendengar lagu ini?

Rindu Syahdu Di Hari Raya oleh Nurul Wahab

Siapa yang tidak sedih, hayati lirik dan muzik lagu ini.

Musafir Di Aidilfitri oleh S Jibeng

Lagu lama, cukup memberi kesan dalam hati kami

Dendang Perantau oleh P. Ramlee

Ini paling ikonik. Setiap kali lebaran mesti ada lagu ni.

 
 
Comments