Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

10 Filem Wajib Tonton 2017

Filem menarik yang dinanti-nantikan bakal ditayangkan di pawagam tahun depan.

0
comments
10 Filem Wajib Tonton 2017
Gambar: Pinterest, Sciencefiction.com, yayomg.com
1. Fifty Shades Darker

Tarikh tayangan: 10 Februari 2017
Genre: Drama, romantik
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan
 
Episod kedua filem ini adalah berdasarkan novel terlaris seluruh dunia, Fifty Shades. Kesinambungan dari filem pertamanya pada 2015 yang pecah panggung dan mendapat kutipan $560 juta seluruh dunia, Fifty Shade Darker bakal membawa anda ke satu dunia berlainan.

Segalanya bermula apabila Christian Grey yang dilakonakan Jamie Dornan cuba untuk memenangi hati Anastasia Steele. Namun Ana mahukan sesuatu yang berlainan sebelum dia memberikan peluang kedua kepada Christian.

Ketika mereka masih sedang membina kepercayaan masing-masing, Ana masih membayangi Christian yang lama saat meluangkan masa bersama. Ini boleh menghancurkan harapan untuk masa depan mereka terus bersama. Juga turut membintangi filem ini adalah pemenang Academy Award, Marcia Gay Harden, Jennifer Ehle, Luke Grimed, Rita Ora dan ramai lagi.

 

2. Fast And Furious 8

Tarikh tayangan: 13 April 2017
Genre: Aksi, jenayah
Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodrigues, Jason Statham
 
15 tahun lalu, Fast and Furious pertama berada di pawagam dan kini filem ini akan berada di pawagam pada tahun 2017 untuk sekuelnya yang ke lapan. Filem yang berkisarkan tentang percintaan, persahabatan, balas dendam, kekeluargaan dan jenayah ini antara filem yang ditunggu-tunggu peminat.

Kali ini, Fast and Furious 8 mengambil latarbelakang bandar New York untuk memfilemkan naskhah ini. Menariknya, Charlize Theron dan Scott Eastwood antara yang bakal muncul dalam filem aksi ini. Walaubagaimanapun, tiada sinopsis rasmi dikeluarkan oleh pihak penerbit sehingga kini.

 

3. Annabelle 2

Tarikh tayangan: 18 Mei 2017
Genre: Seram, ngeri
Pelakon: Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela –Bailey
 
Seram dan cukup mendebarkan! Menonton trailer filem ini saja sudah membuatkan perasaan diselubungi resah dan tidak keruan. Ini penangan hantu Annabelle. Beberapa tahun selepas tragedi kematian anak perempuan, pembuat patung dan isterinya menjemput biarawati dan beberapa anak-anak yatim ke rumah mereka. Namun akhirnya mereka menjadi sasaran Annabelle, patung yang dirasuk roh jahat. Tonton kesudahannya di pawagam nanti.

 

4. Pirates Of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales

Tarikh tayangan: 25 Mei 2017
Genre: Fantasi, aksi, pengembaraan
Pelakon: Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scoldelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush
 
Lakonan Johnny Depp dalam filem sekuel Pirates Of The Caribbean sememangnya menjadi. Mengekalkan pelakon utamanya, kali ini Captain Jack Sparrow diburu oleh musuh lamanya, Captain Salazar. Ini berlaku selepas Captain Salazar dan kru hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle dan kini mahu membunuh semua lanun yang ada di lautan.

Bagi mengelak dirinya daripada dibunuh, Jack Sparrow perlu menguasai lautan dan untuk itu dia perlu mencari serampang tiga mata mistik milik Poseidon. Dengan memilikinya juga Jack Sparrow boleh menggunakannya untuk menentang Captain Salazar.

 

5. Wonder Woman

Tarikh tayangan: 1 Jun 2017
Genre: Superhero, aksi
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Lucy Davis, Connie Nielsen, Robin Wright.
 
Diana Prince adalah puteri di Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih menjadi pahlawan terulung. Suatu hari, ada sebuah kapal terbang terhempas di kepulauannya dan Diana bertemu dengan Steve Trevor, juruterbang pesawat terbabit.

Steve kemudiannya memberitahu Diana tentang peperangangan yang berlaku di luar sana. Diana membuat keputusan untuk meninggalkan rumahnya dan memberhentikan peperangan yang menjadikan dirinya superheroin dikenali Wonder Woman.

 

6. Kingsman: The Golden Circle

Tarikh tayangan: 15 Jun 2017
Genre: Aksi, pengembaraan, komedi
Pelakon: Channing Tatum, Colin Firth, Julianne Moore, Mark Strong, Halle Berry.
 
Kesinambungan kepada Kingsman: The Secret Service, filem penyiasatan ini kembali dengan sekuel kedua. Jalan ceritanya bermula apabila ibupejabat Kingsman diserang oleh penjahat.

Kejadian ini memerlukan Eggsy dan Merlin terpaksa berkerjasama dengan Agensi Amerika untuk menyelamatkan dunia. Berjayakah penyiasatan mereka diselesaikan? Nantikan filem aksi komedi ini di pawagam nanti!

 

7. Resident Evil The Final Chapter

Tarikh tayangan: 26 Januari 2017
Genre: Aksi, seram, fiksyen sains
Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Shawn Roberts, William Levy, Ruby Rose, Iain Glen, Eoin Macken, Lee Joon-Gi

Selepas Resident Evil: Retribution, manusia yang tinggal hanyalah Alice, Jill, Leon, Ada dan Becky yang telah dikhianati oleh Wesker ketika di Washington D.C. Sebagai seorang manusia saja yang tinggal, Alice mesti kembali ke lokasi di mana segalanya bermula iaitu di bandar Raccon.

Ia juga adalah lokasi sama Umbrella Corporation berkumpul dan memaksa untuk serangan akhir kepada satu-satunya mangsa yang terselamat di bandar itu. Berjayakah Alice dalam pertempuran ini? Saksikan kesudahannya di pawagam nanti.



8. Pitch Perfect 3

Tarikh tayangan: 21 Disember 2017
Genre: Drama muzikal
Pelakon: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Elizabeth Banks

Pitch Perfect 3 juga adalah filem sekuel yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jalan cerita filem ini sememangnya berbeza berbanding filem-filem lain. Dengan gelagat barisan pelakon-pelakonnya yang cukup bersahaja terutamanya Rebel Wilson yang memegang watak Emmy.

Nyanyian simfoni cukup merdu dari mereka membuatkan anda tidak akan bosan menonton filem ini. Apa pula kisah mereka dalam episod kali ini? Nantikannya menjengah di pawagam berhampiran anda.

Walaubagaimanapun, kami masih menantikan keluaran trailer rasmi mereka. Ini adalah sedutan pengumuman mengenai Pitch Perfect 3 oleh Anna Kendrick, pelakon utama filem ini.

 

9. Despicable Me 3

Tarikh tayangan: 15 Jun 2017
Genre: Animasi

Kisah pengembaraan Gru, Lucy dan anak-anak bersama Minions sebagai pengikut setia mereka. Juga sebuah filem sekuel, memasuki siri ke empat, apa pula misi Gru dan Minions kali ini? Jika diikutkan siri sebelum ini tidak pernah menghampakan dengan gelagat Minions yang lucu.

Verdik kami, kali ini filem Despicable me 3 turut tidak akan menghampakan dan bakal menghiburkan harimu. Juga info yang diterima, plot ceritanya mengenai persaingan antara adik- beradik dimana watak kembar Gru yang terpisah lama iaitu Drew bakal muncul. Ini adalah teaser video antara gelagat Minions dalam Despicable Me 3:



10. Wolverine 3

Tarikh tayangan: 2 Mac 2017
Genre: Aksi
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart dan lain-lain.

Dikhabarkan, siri filem Wolverine 3 adalah yang terakhir lakonan Hugh Jackman dalam sekuel ini. Juga dengarnya, Wolverine 3 mengambil inspirasi dari jalan cerita Old Man Logan. Dalam cerita ini, Wolverine mempunyai habit ganas yang menyerang manusia di sekelilingnya. Jadi dia mengembara ke seluruh United States dan perlu berhadapan dengan watak-watak Marvel yang lain.

Namun menurut Hugh Jackman menerusi temubual bersama MTV International, dia tidak menyangkal atau menafikan mengenai khabar angin ini. "Jika anda sudah tahu perjalanan filem ini, sudah tiada keseronokan lagi bila ia sudah keluar di panggung nanti," katanya. Video ini menunjukkan bagaimana Hugh Jackman yang berusia 47 tahun menjalani latihan kecergasan bagi menjayakan watak uatamanya dalam Wolverine 3.

 
 
 
Comments



Back to top