Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pengalaman Haji Mengingatkan Solat Lima Waktu

Neelofa berkesempatan menziarah makam Rasulullah S.A.W.

0
comments
Pengalaman Haji Mengingatkan Solat Lima Waktu
Neelofa mengakui perasaan begitu gembira dan tenang ketika berada di Makkah. (Gambar: neelofa - Instagram)
Bagi setiap umat Islam, menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah impian yang sukar digambarkan dengan kata- kata. Sama ada berpeluang mengerjakan umarah atau haji, perasaan ketika berada di Makkah memang suatu yang menakjubkan.

Perasaan yang sama dikongsi pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa Mohd Noor yang selesai kembali dari menunaikan rukun Islam kelima baru-baru ini. Selebriti jelita ini mengakui pengalaman berada di sana mengingatkan dirinya tentang pengurusan masa solat lima waktu.

Tambahnya, sepanjang 16 hari berada di sana dikelilingi tetamu Allah yang rajin bersolat, berzikir dan mendengar ceramah agama memberikan perubahan positif pada dirinya untuk mengekalkan amalan sebegitu.

Menariknya, dia juga berpeluang menziarah makam Rasulullah S.A.W meskipun aktiviti itu tiada dalam program yang disertainya. Dia memberitahu seorang hamba Allah membantunya masuk ke Raudhah tanpa perlu bersesak-sesak.

Mengakui perasaan begitu gembira dan tenang ketika berada di sana, Neelofa memberitahu Kosmo!, dia tidak memandang status dan gelaran hajah semata-mata tetapi dia mahukan perubahan yang signifikan dari aspek rohani dan pembentukan jiwa sekembali dari sana.
 
 
Comments