Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Kembara Amal FDAM Capai Matlamat Turun Padang

Penganjuran kali ketiga ini bertemu pelajar, anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan masyarakat setempat.

0
comments
Kembara Amal FDAM Capai Matlamat Turun Padang

Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) meneruskan usaha mereka mendekati masyarakat menerusi penganjuran program Kembara Amal FDAM yang memasuki penganjuran kali ketiga.

Disertai 20 peserta terdiri daripada produser, pengarah dan artis, program ini yang bermula sejak 17 sehingga 23 Jun lalu mencapai matlamat apabila menjelajah ke beberapa destinasi bersama pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Penyanyi dan pelakon, Keena Mentor yang juga salah seorang peserta program ini menyatakan rombongan FDAM ini berkesempatan singgah mengadakan pertemuan bersama pelajar politeknik di setiap cawangan Behrang, Ipoh, Kulim, Arau, Balik Pulau dan Seberang Perai.

FDAM | Rojak Daily
Keena bersama pelajar-pelajar politeknik.

Bersama rakan artis lain seperti Nas Adila, Alif AF, Wana dan WWB Buskers, program ini juga dimeriahkan dengan aktviti memasak bubur lambuk, menziarah rumah kebajikan seperti rumah anak yatim dan ibu tunggal serta fakir miskin.

”Ketika di politeknik, kami mengadakan aktiviti selama tiga jam berkongsi ilmu filem, drama dan sebagainya bersama pelajar-pelajar. Saya juga berpeluang menjadi panel untuk bercakap mengenai kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi,” katanya ketika dihubungi Rojak Daily Kaw.

FDAM | Rojak Daily
Keena bersama belia yang menyertai program Kembara Amal FDAM yang diadakan baru-baru ini.
FDAM | Rojak Daily
Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Nor (dua dari kiri) bersama Keena tampil sebagai panel dalam sesi dengan pelajar politeknik.
FDAM | Rojak Daily
Keena bersama anak-anak yatim yang diraikan.
FDAM | Rojak Daily
Program Kembara Amal FDAM berjaya dianjurkan buat kali ketiga.
FDAM | Rojak Daily
Peserta Kembara Amal FDAM bergambar kenangan bersama pelajar politeknik.
 
 
Comments



Back to top