Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Adam Levine Sambut Anak Pertama

Penyanyi ini berkongsi perasaan menerima kelahiran anak pertamanya.

0
comments
Adam Levine Sambut Anak Pertama
Gambar: beranda.co.id
Behati Prinsloo, model dan juga isteri kepada Adam Levine selamat melahirkan bayi perempuan mereka yang diberi nama Dusty Rose. Penantian pasangan yang berkahwin pada 2014 itu akhirnya berakhir dan cukup gembira menerima kehadiran bayi mereka itu.

Berita model itu bakal bersalin dalam masa terdekat tersebar apabila Adam Levine membatalkan konsert bersama Maroon 5 pada Isnin lalu. “Saya terpaksa membatalkan konsert ini kerana saya mahu sentiasa berada disamping isteri yang akan bersalin dalam tempoh terdekat. Jadi kami akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik untuk menyambutnya,” kata Adam Levine.

Minggu lalu, Behati turut memuatnaik gambar baby bump di laman Instagram miliknya yang menjadi perhatian orang ramai. Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kepada mereka.
 

Sebulan selepas berita kehamilan Behati dihebahkan, dia sendiri mengesahkan jantina bayi yang dikandungnya dan dia sangat teruja menantikan kehadiran bayi mereka itu. Walaubagaimananpun, mereka masih belum berkongsi gambar anaak sulung mereka itu. Kami sendiri tidak dapat membayangkan wajah bayi mereka. Dua-dua dari genetik cantik dan kacak. Bayi ini juga mungkin bakal mendapat perhatian peminat mereka.







 
 
 
Comments