Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Misha Omar Testing Suara Selepas Bersalin

Klip video ringkas Misha Omar itu mengubati kerinduan peminat.

0
comments
Misha Omar Testing Suara Selepas Bersalin
Gambar: Mstar, elle.my
Penyanyi Misha Omar yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi lelaki pada Ogos lalu, memuat naik video ringkas dia menyanyi di laman Instagram miliknya.

Menurut kapsyen pada video tersebut, dia berbuat demikian bagi mengubati rindu peminatnya. Sempat juga berseloroh bertanyakan tentang mungkinkah ada perubahan pada suaranya selepas melahirkan anak.

Jom dengarkan video ringkas yang dipetik dari akaun Instagram Misha Omar.
 
 

A video posted by Misha Omar (@mishaomar) on


Rata-rata peminat Misha memberikan maklum balas suaranya masih merdu seperti dahulu. Ada juga yang berkongsi pendapat bahawa Misha Omar sememangnya dianugerahkan dengan bakat suara yang merdu. Jadi jika sudah beranak lima, suaranya pasti akan masih sama.

Misha Omar bakal hadir dengan naskah lagu berjudul Jiwa Sentuh Jiwa hasil duet bersama Adibah Noor pada awal Oktober ini. Tak sabar rasanya untuk mendengar hasil naskah hebat ini!
 
 
Comments



Back to top