Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Pasangan Selebriti Paling Romantik

Jom cuci mata melihat pasangan selebriti serasi!

0
comments
Pasangan Selebriti Paling Romantik
Gambar: Gosipmalaysia
Selebriti berkahwin dengan selebriti bukanlah sesuatu perkara baru. Kini dengan adanya laman sosial, peminat boleh melihat kehidupan romantik mereka. Berikut kami senaraikan lima pasangan selebriti paling romantik.

1. Noh Hujan dan Mizz Nina

 
Perkahwinan pasangan ini sudah pun masuk tahun kelima. Bersempena dengan ulangtahun mereka itu, Noh Hujan memuatnaik nukilan yang menyentuh hati di laman Instagram miliknya mengucapkan selamat ulangtahun kepada isterinya. Ini antara nukilannya:

yang seumpama lembaran embun dari suasana pagi di syurga, that is what you are. 
yang tidak pernah lokek dengan senyum nya. budi bahasanya. manja nya. lembut ketika bicaranya. seorang wanita yang sempurna untuk lelaki yang sangat hina seperti saya. 
yang membuka mata dan hatiku dalam maksud sebenar dalam perjuangan menegakkan kemanusiaan,
yang tidak pernah sekalipun dia meninggalkan rumah tanpa meminta keizinan,
yang lidahnya tidak pernah jauh dari lafaz bismillah dari mulanya hari sampai pengakhiran,
yang tidak pernah sentap dan sedia menerima apa apa teguran,
yang aku semakin kagum melihat betapa lancar nya dia dengan bacaan al Quran,
yang tidak pernah meminta apa apa dari suaminya cuman dekat kan diri kepada Tuhan,


selamat hari lahir isteriku. Puan Hajjah Shazrina Azman Hasyim.

Romantiknya!

2. Awal Ashaari dan Scha Al Yahya

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan bahagia ini. Kehadiran Lara Alana dalam kehidupan mereka sungguh bermakna sekali. Gambar-gambar di instagram mereka cukup membuktikan kebahagiaan dalam kehidupan mereka.



 3. Johan dan Ozlynn

Dek kerana terlalu 'romantik', mereka pernah dihambat kontroversi. Namun siapa peduli, pasangan ini cukup riuh dan kelakar!



4. Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Membuktikan jurang perbezaan umur bukanlah penghalang dalam perhubungan. Melihatkan gambar di instagram Rozita Che Wan, percutian ke luar negara bersama keluarga menjadi aktiviti wajib sambil bergambar sakan!


5. Aeril Zafril dan Wawa Zainal

Pasangan suami isteri ini seringkali memuatnaik video menyanyi lagu Bollywood di instagram. Sempoi!
 

kasih la abam aeril chance nyanyi 🙈 #dalamataknyanyihindi shawl by @galerihajra contact lens bu @wawasoftlens_hq

A video posted by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

 
 
 
Comments



Back to top