Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pelakon Jangka Sekuel Train to Busan

Filem aksi, seram dan thriller Korea ini berjaya meraih kutipan kasar, AS$99 juta.

0
comments
Pelakon Jangka Sekuel Train to Busan
Aktor Gong Yoo menjangkakan sekuel filem ini akan diterbitkan berdasarkan sambutan positif penonton. (Gambar: hollywoodreporter dan fandango)
Filem genre aksi, seram dan thriller Korea, Train to Busan menjadi bualan ramai penonton yang tertarik menyaksikan filem itu sejak ia ditayangkan di pawagam pada 8 September lalu.

Jika merujuk pada plot filem itu, ia mengisahkan bagaiamana virus mayat hidup atau zombie berlaku dan seterusnya merebak di Korea Selatan sehingga memaksa pengguna keretapi menyelamatkan diri dari Seoul ke  Busan.

Filem yang dibintangi Gong Yoo, Jung Yu-Mi, Ma Dong-Seok dan Kim Su-An sudah pasti dijangka membawa aksi penuh suspen dan menakutkan daripada karakter zombie yang masuk dalam badan manusia. 

Meskipun kisah zombie bukanlah subjek baru dalam penceritaan di layar perak tetapi filem ini nyata mencipta kejayaan apabila menerima sambutan positif daripada ramai penonton dengan kutipan kasar, AS$99 juta (RM408 juta) dari seluruh dunia sehingga 15 September lalu.



Salah seorang pelakon filem ini, Gong Yoo menyatakan menerusi Twitter, sekuel filem ini akan diterbitkan kelak berdasarkan sambutan hangat positif ini. Dia juga memberitahu ada berbincang dengan pengarah filem ini, Yeon Sang-Ho untuk wataknya mahu menjadi zombie dalam sekuel filem ini nanti.

Namun, pengarah itu sebaliknya menyatakan watak pelakon itu sudah mati selepas mengalami kecederaan patah tengkuk selepas terjun daripada keretapi. Gong Yoo juga menyatakan sekuel kali ini akan memberi fokus  daripada perspektif zombie.

"Saya mencadangkan sekuel kali ini bermula daripada watak Ma Dong Seok yang masih hidup sebagai zombie," katanya seperti dilaporkan mobilenapps.
 
 
Comments