Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Kediaman Pelakon Terkenal Diserbu Polis

Selepas ugutan bunuh, kini rumah pula diserbu.

0
comments
Kediaman Pelakon Terkenal Diserbu Polis
Gambar: Instagram Remy Ishak
Pihak polis membuat serbuan di kediaman pelakon terkenal tanah air, Remy Ishak selepas menerima aduan terdapat kegiatan dadah di lokasi tersebut. "Ini sudah menjadi kes aniaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana saya tiada di rumah sewaktu kejadian kecuali ada beberapa ahli keluarga saya," kata Remy Ishak.
 
Memetik laporan Malaymail, Remy yakin bahawa dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh terhadapnya sebelum ini. Tambahnya, wanita VIP berusia 40-an itu dipercayai berasal dari Pantai Timur namun enggan bercerita lanjut. 

"Saya syak aduan ini diterima daripada individu yang mengugut untuk membunuh saya sebelum ini. Sudah lama saya tinggal di situ, tak pernah ada masalah pun. Jadi macam mana boleh timbul isu aduan kegiatan dadah," katanya lagi.

Walaubagaimanapun, selepas serbuan dilakukan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminuddin mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Sumber: Malaymail






 
 
 
Comments