Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Justin Timberlake Bakal Berduet Dengan Bekas Kekasihnya?

Harap luka lama Britney tidak berulang kembali.

0
comments
Justin Timberlake Bakal Berduet Dengan Bekas Kekasihnya?
Gambar: Getty Images
Pada tahun 1999 pasangan merpati dua sejoli, Justin Timberlake dan Britney Spears ini merupakan pasangan yang cukup bahagia di Hollywood namun akhirnya cinta mereka tidak kesampaian dan Mac 2002 mereka berpisah dan mengambil haluan masing-masing. 
 
Gambar: E Online

Terbaharu. minggu lalu ketika Britney ditemubual oleh sebuah rancangan radio dan ditanyakan soalan ‘dengan siapakah yang dia mahu berkolaborasi?’

Britney memberikan beberapa nama seperti Steven Tyler dari kumpulan Aerosmith, Gwen Stefani dan akhir sekali, dia menyebut nama bekas kekasihnya, Justin Timberlake yang membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut.

Justin Timberlake, jejaka yang telah merobek hatinya sehingga dia terumbang-ambing suatu ketika dahulu, ya, jejaka itu.

Baru-baru ini juga rancangan E! bertanyakan pada Justin Timberlake sama ada mahukah dia berkolaborasi dengan Britney Spears? Justin seperti terkejut dan gembira sambil berkara sure, absolutely!

Nampaknya jika bekas kekasih ini jadi mahu berkerjasama dalam satu lagu, seluruh dunia menantinyakannya.

Mungkin Taylor Swift juga boleh ambil pendekatan yang sama, berduet dengan bekas kekasihnya?

 
 
Comments



Back to top