Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Dua Penyanyi Lelaki Ini Dapat Baby Boy

Tahniah Sam Bunkface dan Haziq AF4.

0
comments
Dua Penyanyi Lelaki Ini Dapat Baby Boy
Vokalis Kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Baharom, 28, selamat menimang cahaya mata pertamanya yang dilahirkan di Hospital Pantai Bangsar pada jam 4.25 petang. Menyatakan keterujaannya bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki, Sam turut kongsikan berita gembira tersebut di Instagram.


Memilih nama Maleeq Shamsul Annuar, anak dan isterinya berada dalam keadaan sihat. Sam dan isterinya Aida Azira Husin telah berkahwin pada 25 April tahun lalu.

Seorang lagi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Haziq Rosebi menyambut kelahiran anak lelakinya pada hari raya Aidiladha.


Turut berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, bayi lelaki ini dilahirkan di Hospital Putrajaya dengan berat 2.87 kilogram. Namun Haziq meminta maaf kerana tidak dapat menunjukkan wajah anak lelakinya untuk tempoh seminggu atas permintaan isteri. Haziq berkahwin dengan Maisarah Mohd Sidki pada September tahun lalu.

 
 
Comments



Back to top