Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Pengorbanan Bapa Dalam Bisik Pada Langit

Filem televisyen ini akan disiarkan menerusi Astro First Eksklusif pada 15 September ini.

0
comments
Pengorbanan Bapa Dalam Bisik Pada Langit
Filem televisyen, Bisik Pada Langit membawa kisah kekeluargaan yang diselitkan elemen persahabatan, cinta dan ketentuan takdir. (Gambar: Astro)
Pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa terhadap anak menjadi kekuatan mesej filem televisyen (FTV) terbaru berjudul Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia. Menariknya, cerita ini menggandingkan lakonan mantap Jalil Hamid sebagai pelakon utama bersama Ummi Nazeera (anak), Beto Kusyairi (abang) dan Fadilah Mansor (ibu).

Ia membawa kisah kekeluargaan yang diselitkan elemen persahabatan, cinta dan ketentuan takdir. Plot memberi fokus pada pengorbanan Wak Selamat lakonan Jalil sebagai seorang bapa yang begitu menyayangi anaknya, Siti Hajar, sehingga sanggup menunaikan segala kehendak puterinya itu. Abang Siti Hajar iaitu Zaidi (Beto) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) juga sanggup berkorban untuk memastikan Siti Hajar melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia tercapai.


Kabir (tengah) memberi arahan pada pelakon Bisik Pada Langit ketika penggambaran di Perth, Australia. (Gambar: Astro)

Ketua Unit Drama Premium dan Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail berkata, susun atur dan konsep jalan cerita yang ditampilkan Kabir yang membawa kekuatan dari aspek hubungan keluarga, bermain emosi dan elemen lain seperti faktor dramatik kali ini menampilkan wanita minat motosikal berkuasa tinggi. 

“Kami turut yakin, keserasian dan persembahan mantap yang dicetuskan oleh kedua-dua watak utama yang diterajui Jalil Hamid dan Ummi Nazeera ini bakal memberi impak tambahan kepada filem ini dan ia sudah pasti mampu meraih hati para penggemar filem-filem tempatan yang sentiasa dahagakan pembaharuan dalam sesebuah penerbitan.

"Pada masa yang sama, kehebatan barisan pelakon lain yang dilihat berjaya menjiwai watak-watak yang digalas ternyata berjaya memberikan efek lebih maksimum kepada karya ini. Tahniah diucapkan kepada Kabir Bhatia dan barisan produksi Bisik Pada Langit di atas kejayaan menzahirkan sebuah naskah sehebat ini”, katanya dalam satu kenyataan media.


Dari kiri, Saniboey, Naim, Kabir, Erwin dan Ummie hadir pada sidang media dan pelancaran 'Bisik Pada Langit' di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Gambar: Astro)

Filem TV ini turut menampilkan lagu runut bunyi khas yang dinyanyikan Akim & The Majistret. Tayangan eksklusif filem ini akan disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) pada 15 September ini. Hanya bayaran sebanyak RM15.90 (termasuk GST) untuk filem ini, penonton boleh menonton berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.   
  
 
 
Comments



Back to top