Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Menggigil Tonton Dara Diperkosa, Penonton Sokong Tindakan Brunei

Filem Pekak sebelum ini tidak lulus tayangan di Brunei.

0
comments
Menggigil Tonton Dara Diperkosa, Penonton Sokong Tindakan Brunei
Filem Pekak masih ditayangkan di pawagam. (Gambar: Twitter)
Filem adalah terjemahan sebuah cerita sama ada kisah benar atau rekaan kepada penonton bertujuan memberi satu bentuk hiburan. Namun, dari sudut pandangan seorang produser melihat filem sebagai produk yang boleh dijual untuk membawa keuntungan tetapi penggiat seni seperti pengarah, pelakon mahupun penonton pula mempunyai pandangan berbeza.

Aspek mesej pengajaran pada penonton tidak sekadar hiburan ringan sering diperkatakan. Hakikatnya, sesiapa saja boleh melontarkan pandangan mereka terhadap sesebuah filem sebagai kritikan atau pujian.

Begitu juga, pandangan seorang penonton terhadap filem terbaru, Pekak yang kini masih tayangan. Dia yang menulis rebiu filem ini di laman blognya, kembarapoketnipis.wordpress.com berkongsi 11 sebab dia keluar panggung sebelum filem lakonan utama, Zahiril Adzim itu berakhir. 

Menurutnya, beberapa adegan membabitkan watak Dara dan Melur seperti mencuri rokok dan berbicara soal seks tanpa nikah termasuk asyik menyebut perkataan 'on' yang dipaparkan dalam filem ini dianggap lucu penonton remaja yang menonton ketika itu. Adegan watak Azman menghisap dadah juga boleh mengundang tarikan pada remaja untuk mencuba.


Antara pandangan penulis blog tersebut dalam blognya. (Gambar: kembarapoketnipis.wordpress.com)

Katanya, dia sendiri menggigil menahan marah ketika menonton adegan Dara diperkosa Azman yang digambarkan gadis itu dalam keadaan mabuk sehingga tidak sedarkan diri dan terbaring atas katil manakala Azman melutut di atasnya. Syot kamera pula memberi fokus pada Azman dari depan menunjukkan dia seolah membuka seluar. Penulis blog ini bertanya pada penulis skrip filem ini sama ada adegan sebegitu patut ditonjolkan.

Selepas menonton sendiri filem berkenaan, dia menyokong tindakan kerajaan Brunei mengharamkan filem ini ditayangkan di sana adalah tepat. Jika anugerah luar negara diterima filem ini dijadikan ukuran filem ini berjaya, penulis blog ini mempersoalkan apakah pembaris akhlak mereka (penonton antarabangsa) sama dengan kita tanpa menggunakan penilaian agama dan budi bahasa kita sendiri.


Antara pandangan penulis blog tersebut dalam blognya. (Gambar: kembarapoketnipis.wordpress.com)

Secara sinis, penulis blog ini menyifatkan penulis skrip, pengarah dan produser yang terbabit dalam filem ini termasuk pihak yang meluluskan tayangan adalah pekak. Malah, dia berpesan filem ini tidak sesuai ditonton remaja.
   
 
 
Comments