Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Jalan Kaki 47 Kilometer Sokong World #QuranHour

Datuk Rosyam Nor bersama beberapa peserta menyertai acara Walk For World #QuranHour hari ini.

0
comments
Jalan Kaki 47 Kilometer Sokong World #QuranHour
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh sempat 'selfie' bersama peserta Walk For World #QuranHour yang memulakan perjalanan mereka dari Seksyen 15, Shah Alam sejak awal pagi tadi. (Gambar: khai_salleh - Instagram dan Twitter)
Pelakon popular, Datuk Rosyam Nor bersama Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan beberapa peserta lain menyahut cabaran berjalan kaki sejauh 47 kilometer dari Seksyen 15, Shah Alam menuju Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak sejak jam 6 pagi tadi.

Mereka terbabit dalam menjayakan acara Walk For World #QuranHour iaitu sokongan pada acara World #QuranHour yang akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada 11 September ini bersamaan 9 Zulhijjah, jam 8 pagi.


Datuk Rosyam Nor (tiga dari kanan), Datuk Khairul Anwar Salleh (dua dari kanan) bersama peserta Walk For World #QuranHour berehat sebentar sebelum meneruskan perjalan ke UIAM, Gombak. (Gambar: worldquranhour - Instagram)

Bagi acara utama yang menggunakan hastaq #QuranHour, umat Islam di seluruh dunia dijemput meluangkan masa dalam 1 jam untuk membaca dan berinteraksi dengan al-Quran bersama-sama tidak kira di mana.


Umat Islam di seluruh dunia dijemput membaca dan berinteraksi dengan al- Quran selama sejam pada 11 September ini jam 8 pagi.
 
 
Comments



Back to top