Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

'Chapters' Baru Yunalis Zarai

Nama Yuna sebaris Beyonce dan Rihanna?

0
comments
'Chapters' Baru Yunalis Zarai

Semalam Yuna memuat naik artikel daripada majalah Rolling Stone yang mengangkat album ketiganya, Chapters sebagai antara album R&B terbaik tahun ini sebaris dengan album Lemonade Beyonce dan artis seperti Rihanna, Robert Glasper dan Eric Belinger. Tentunya pengiktirafan ini meninggalkan kenangan manis buat anak kelahiran Kedah yang kini melebarkan sayap di Amerika Syarikat. Chapters yang turut menampulkan penyanyi R&B seperti Usher dan Jhene Aiko turut mendapat review positif di kebanyakan website seperti di sputnic music dan idolator.

Gambar: Instagram@Yunamusic

Pengikitrafan itu diberikan oleh pengarang majalah hiburan antarabangsa, Rolling Stones, Mosi Reeves menerusi artikel 'Best R&B Albums of 2016 So Far'. Dalam ulasan tersebut, Reeves menyifatkan album itu berjaya memaparkan Yuna sebagai artis yang memiliki bakat penulisan lirik yang luar biasa dan hanya memerlukan beberapa lagu popular dalam aliran mainstream untuk membolehkan mengukuhkan namanya di persada muzik antarabangsa.

Gambar: Instagram@Yunamusic

Yuna menyampaikan rasa terharu atas penghargaan itu di laman instagramnya.

 
 
Comments



Back to top