Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Perkenalkan Lesen Jika Muat Turun Lagu Percuma

Komposer terkenal, Saari Amri mahu bayaran dikenakan untuk setiap muat turun lagu di Internet.

0
comments
Perkenalkan Lesen Jika Muat Turun Lagu Percuma
Jualan album ketika ini sukar mencecah 10,000 unit. (Gambar: Saari Amri - Facebook)
Isu muat turun lagu secara percuma dan haram di Internet masih menjadi 'barah' pada industri muzik tempatan. Mangsanya sudah tentu penyanyi, komposer, pemuzik dan label syarikat rakaman itu sendiri yang tidak mendapat sebarang royalti daripada aktiviti tersebut.

Komposer terkenal, Saari Amri mengakui kecanggihan teknologi pada masa kini dan lambakan laman sesawang yang menyediakan kemudahan akses muat turun secara percuma ini menyebabkan pasaran album merudum. Apa yang lebih menyedihkan, jualan album hanya tidak melebihi 10,000 unit.

"Jika dahulu, album yang diterbitkan saya untuk kumpulan Ukays bertajuk Bisa Berbisa mampu merekodkan jualan tertinggi sebanyak 400,000 unit namun realitinya berubah pada masa sekarang. Dulu kalau album itu hanya mencatat jualan 10,000 unit, dianggap gagal, namun sekarang nak cecah jualan sebanyak itu pun 'sakit', malah banyak kedai muzik terpaksa menutup premis mereka kerana orang ramai tidak berminat lagi membeli album di pasaran," katanya kepada Bernama.

Dia yang pernah menghasilkan lagu bahasa Malaysia buat penyanyi terkenal Hong Kong, Andy Lau pada tahun 2001 menyatakan pihak berwajib perlu memperkenalkan lesen kepada laman sesawang berkenaan agar karyawan seni mendapat bayaran royalti dan bayaran dikenakan pada mereka yang memuat turun.

Saari yang juga kini berkongsi cara rawatan kencing manis mengakui lagu zaman 90-an masih popular ketika ini kerana melodinya dekat dalam diri peminat. Sebagai nasihat, dia juga berharap pemuzik baru berani melakukan ekprementasi dalam bekarya dan tidak putus asa memperjuangkan karya sendiri.
 
 
 
Comments



Back to top