Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Kehebatan Suara 'Jafar' Kekuatan Kalam Kalam Langit

Watak Jafar berjaya dilakonkan Dimas Seto dengan cemerlang.

0
comments
Kehebatan Suara 'Jafar' Kekuatan Kalam Kalam Langit
Penonton bersimpati dengan Jafar yang mempunyai keinginan menyertai pertandingan musabaqah untuk menjadi juara yang kemudian putus asa selepas kematian bapanya. (Gambar: tribunnews, YouTube dan smeaker)
Kisah seorang kanak-kanak iaitu Jafar mempunyai impian mendalami ilmu al-Quran sehingga menang dalam pertandingan tetapi ia ditentang bapanya berpandangan mengaji adalah kerana Allah dan bukannya untuk masuk pertandingan. Jafar tidak mahu menjadi anak derhaka pada bapanya tetapi dia juga tidak mahu sekadar melupakan saja impiannya itu apabila memasuki sekolah pondok.

Secara dasarnya, kisah Jafar hanyalah kebanyakkan kisah pelajar sekolah pondok yang pernah dijadikan plot penceritaan dalam drama mahupun filem sebelum ini. Namun, sejauh mana kekuatan watak ini memberi impak pada penonton menjiwai karakter dirinya sendiri berdepan cabaran dan kesukaran dalam hidup memberi tarikan untuk dikongsi menerusi filem terbaru, Kalam Kalam Langit.

Jafar ketika dewasa lakonan Dimas Seto berjaya mempamerkan lakonan terbaik dalam menggambarkan pada penonton dia seorang pelajar yang mempunyai bacaan al-Quran terbaik seperti 'kaset' dan bukannya hanya berlakon semata-mata. Mendengar suara Jafar membacakan ayat-ayat suci al-Quran dalam filem ini seolah memberikan penghayatan pada penonton betapa kagumnya kita mendengarkan seseorang yang mempunyai suara yang sedap.




Pastinya, setiap kehidupan itu ada cabaran yang perlu ditempuh dan Jafar sendiri berdepan tentangan bapanya dan kemudian salah seorang ustaz yang mengajarnya di sekolah pondok juga mempunyai niat dengki terhadapnya. Dalam konflik itu, kehadiran perasaan cinta dalam diri Jafar juga memberikan interpretasi dia seorang lelaki yang mahu perhatian seorang kekasih.

Tanpa menggunakan lokasi terlalu indah atau 'mahal' dari aspek props, filem ini berjaya berdiri di atas karakter Jafar sendiri yang menjadi tunjang pada perjalanan cerita. Penonton bersimpati dengan Jafar yang mempunyai keinginan menyertai pertandingan musabaqah untuk menjadi juara yang kemudian putus asa selepas kematian bapanya.


Barisan pelakon filem Kalam Kalam Langit turut hadir pada majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika sesi tayangan media yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, filem ini dijangka meraih sambutan positif penonton di sini apabila tayangan pada 15 September ini. Filem arahan Tarmizi Abka ini membawa genre keagamaan adalah adaptasi novel karya Pipiet Senja. Selain Dimas, filem ini juga diperkuatkan dengan lakonan Elyzia Mulachela, Mathias Muchus, Ibnu Jamil dan Henidar Amroe.

 
 
 
Comments