Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tiket Paling Mahal Konsert Slam Habis Dijual

Slam kembali mengadakan konsert di Pasir Gudang, Johor esok.

0
comments
Tiket Paling Mahal Konsert Slam Habis Dijual
Slam dijangka mempersembahkan 24 lagu mereka antaranya Rindiani, Suratan dan Memori Cinta Semalam pada konsert kali ini. (Gambar: Rojak Daily Kaw!)
Lagu popular, "Gerimis Mengundang" ciptaan komposer tersohor, Saari Amri memang membawa tuah pada kumpulan Slam dikenali ramai peminat sehingga ke negara jiran. Malah, sehingga kini mereka masih dikenali dengan lagu tersebut. Begitu juga kelibat Slam tanpa vokalisnya, Zamani seolah harimau tanpa taringnya.

Mengimbau kembali pencapaian dan kenangan band yang ditubuhkan sejak 14 Julai 1996 ini, pastinya ia mengusik perasaan peminat setia mereka. Sebagai janji buat peminat, Slam akan mengadakan Konsert Dua  Dekad Slam Kembali Terjalin Bersama DMS pada 3 September ini (esok) jam 8.30 malam.

Zamani berkata, persembahan ini yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor sebagai meraikan ulang tahun Slam selama dua dekad dalam industri muzik tanah air. Apa yang lebih penting, Zamani menyatakan persembahan ini sebagai usaha merapatkan silaturahim dengan peminat.

"Tidak kira berapa ramai peminat yang datang tetapi apa yang penting, kita semua dapat berhibur. Sebanyak 24 lagu akan dipersembahkan antaranya Rindiani, Suratan dan Memori Cinta Semalam serta menjemput Zarul Umbrella," katanya dalam temubual bersama Rojak Daily Kaw! di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi Ajak yang bermain gitar, mereka sudah bersedia mengadakan persembahan ini tetapi masih perlu memberi fokus pada susunan muzik dan kedudukan persembahan di atas pentas.

"Setiap persembahan yang diadakan kami cuba membuat kelainan dari segi susunan lagu yang takkan sama. Kami macam adik beradik kerana sudah lama kenal dan kami juga fokus dalam muzik sampai ke tua jika ada permintaan dan selagi bernafas," katanya.

Tambahnya, Slam sememangnya mempunyai perancangan untuk menghasilkan single atau album baru tetapi apa yang lebih penting ketika ini adalah memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan konsert kali ini. 

Eddie juga berpandangan mencipta sesebuah lagu tidak boleh sama seperti mi segera. Seperti mana lagu hits mereka, "Gerimis Mengundang", ia menjadi pencapaian terbaik Slam apatah lagi dinyanyikan dalam 22 jenis bahasa di seluruh dunia.

Difahamkan, tiket paling mahal untuk menyaksikan persembahan ini iaitu bernilai RM353 sudah habis dijual tetapi tiket RM253, RM153 dan RM73 masih lagi dijual.
    

 
 
 
Comments