Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Penonton Boleh Jadi Gila Terlepas Drama Lakonan Siti Elizad

Siti Elizad kini popular menerusi drama bersiri, Si Kolot Suamiku di Astro Ria.

0
comments
Penonton Boleh Jadi Gila Terlepas Drama Lakonan Siti Elizad
Lakonan Siti Elizad kali ini menerima komen positif peminat. (Gambar: elizadsharifuddin - Instagram)
Selepas meningkat populariti menerusi drama bersiri, Lambaian Ramadan, Siti Elizad Mohd Sharifuddin kembali mencuit hati penonton menerusi lakonan drama bersiri terbaru, Si Kolot Suamiku yang kini disiarkan di Astro Ria.

Dalam drama adaptasi novel terbitan MIG Production ini, Siti Elizad sekali lagi mencuri perhatian penonton dengan aksi lakonannya yang selamba dan menghiburkan. Dia yang bergandingan dengan Amar Bahrin kali ini menjiwai watak anak orang kaya, Tengku Nur Edrina yang mempunyai ego tinggi kemudian berkahwin dengan pemuda kampung.


Gandingan Siti Elizad bersama Amar Bahrin menerusi drama bersiri, Si Kolot Suamiku berjaya menghiburkan ramai penonton. (Gambar: migonline - Instagram)

Nyata, lakonan bersahaja kedua pelakon ini berjaya menghiburkan penonton termasuk peminat yang memberikan komen positif terhadap lakonannya. Peminat bukan sekadar memuji lakonan Siti Elizad kali ini yang disifatkan kelakar tetapi ada yang mengatakan mereka boleh jadi gila jika terlepas satu episod drama ini.

Ia disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap Isnin sehingga Khamis jam 10 malam.



 
 
Comments