Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

10 One Hit Wonder Yang Pasti Mengamit Kenangan

Anda tentu tahu lagu-lagu yang kami senaraikan ini.

0
comments
10 One Hit Wonder Yang Pasti Mengamit Kenangan
Gambar: Utusan Online & YouTube

Tidak semua penyanyi bernasib baik dengan mengekal populariti di hati peminat. Namun dengan adanya lagu-lagu yang catchy, pasti lagu tersebut terpahat di telinga pendengar walaupun penyanyinya sudah tidak lagi aktif.

1) Maya – Matahari

‘Matahari’ merupakan sebuah lagu yang cukup popular pada tahun 90-an dan ia telah melonjak populariti penyanyinya, Maya ke tahap yang tinggi. Maya atau turut sinonim dengan jolokan Maya Matahari masih aktif di dalam undistri sehingga kini. Walaupun mempunyai beberapa single lagi, ‘Matahari’ cukup mendapat perhatian kerana lirik dan melodinya yang bersahaja.

2) Eisya – Nurani

Lagu ini pasti menjadi lagu wajib karaoke bagi sesetengah orang. Lagu ‘Nurani’ nyanyian Eisya begitu hit sekitar tahun 90-an dengan melodinya yang indah serta liriknya yang puitis. Hanya dikenali dengan lagu ini, Eisya kini bahagia bersama suami dan tiga orang cahayamata.

3) Haslinda – Sehati Sejiwa

Gubahan indah LY dan Baiduri ini menjadi lagu tema sebuah drama hit di TV3 berjudul ‘Cinderella’ lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun pada tahun 1998. Seiring dengan populariti drama ini, lagu ini turut mendapat tempat di hati penonton sehingga kini. Selepas itu, nama Haslinda dalam industri seni agak suram kerana dia hanya dikenali dengan sebuah single ini sahaja.

4) Giegil Ft. Waheeda – Mencari

Giegil merupakan sebuah kumpulan rock yang terkenal sekitar tahun 2000 dan keatas. Selain daripada lagunya yang berjudul ‘Penasaran’ dan ‘Cahaya’, lagu ‘Mencari’ merupakan sebuah lagu hit kumpulan ini hasil berduet dengan penyanyi bertudung Waheeda. Namun hanya dengan beberapa lagu itu, nama Giegil kurang untuk bertahan.

5) Min Malik – Flora Cinta

Min Malik merakamkan lagu ciptaan Adnan Abu Hassan ini ketika berusia 15 tahun dan tidak menyangka ia mencipta fenomena sekitar tahun 1995. Selepas menjadi hit, adik kepada Ary Malik ini sempat merakamkan tiga album sebelum dia menyepi dari industri seni tanahair.

6) Arni Nazira – Cinta Antara Benua

Anak kelahiran Terengganu ini digilap bakatnya menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1996. Lagu hit ‘Cinta Antara Benua’ ini menjadi hit selepas menjadi lagu tema bagi drama dengan tajuk yang sama di TV3 pada tahun 1997. Lagu ini turut dimuatkan di dalam album sulungnya berjudul Cinta Antara Benua dan menerusi album itu, Arni menerima pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-5 bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik.

7) KGB - Hadirlah Kasih

Kumpulan ini merupakan hasil pecahan daripada kumpulan pop terkenal suatu ketika dahulu iaitu Kool. KGB atau nama sebenarnya Kami Generasi Baru terdiri daripada Riot, bekas anggota kumpulan Kool bersama tiga lagi rakannya iaitu Shajiry, Riff dan Fizzi. Lagu ‘Hadirlah Kasih’ inilah yang melonjakkan nama mereka di bibir peminat namun lagu-lagu lain hasil nyanyian mereka agak tidak bernasib baik.

8) Hasnol – Laguku Untukmu

Walaupun telah banyak menyanyikan lagu-lagu balada, Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Hassan Ariff, 46, lebih dikenali dengan lagu ‘Laguku Untukmu’. Popular sekitar tahun 90-an, Hasnol membuat keputusan untuk meninggalkan bidang seni ketika namanya berada di puncak. Hasnol membuat kemunculan semula dengan tampil di dalam rancangan Gegar Vaganza musim pertama.

9) Farahdhiya – Bertakhta di Hati

Farahdhiya mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak belasan tahun lagi. Single ‘Bertakhta Di Hati’ berjaya membawa nama penyanyi kelahiran Itali ini sebaris dengan nama-nama artis terkenal ketika itu. Menjadi siulan ramai, lagu ini terus memanjat tangga pertama di dalam carta-carta radio tempatan dan menempatkan Farahdhiya di dalam pencalonan Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Sekian lama menyepi dari bidang nyanyian, Farahdhiya muncul sebagai pemenang kedua di dalam rancangan Gegar Vaganza musim kedua.

10) Sharifah Zarina – Langit ke-7

Naib juara Bintang RTM tahun 1999 ini cukup dikenali dengan lagu hit ‘Langit Ke-7’ sehingga membawa kepada zaman kegemilangannya pada tahun 2005. Hanya dikenali dengan single ini sahaja, dia mengakui bahawa era kini tidak sama dengan dahulu. Membuat kemunculan semula pada pertandingan Gegar Vaganza musim pertama, Sharifah Zarina terpaksa akur apabila tersingkir di minggu keenam.

 
 
Comments



Back to top