Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Hebat Aksi Selebriti Dan Anak Mereka

Inspirasikan idea ini dan luangkan masa bersama anak anda.

0
comments
Hebat Aksi Selebriti Dan Anak Mereka
Nabila Huda dan Keisha Laila (Gambar: Majalah InTrend)

Mari kita lihat gaya anak-anak selebriti tanahair dengan ibu dan bapa mereka.

1) Sazzy Falak

Sazzy Falak dilihat cukup bergaya di hujung minggu bersama dengan salah seorang anak kembarnya, Imaan Lily. Baju mak dan anak tetap rock, Guns N Roses!

Gambar: @sazzyfalak

2) Farish Aziz

Pengacara dan pelakon ini dilihat membawa anaknya, Aydan Naeem bercuti di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran, Sabah.

Gambar: @farishaziz

3) Diana Danielle

Isteri kepada pelakon Farid Kamil ini dilihat manja disisi anak sulungnya, Muhammad di dalam sebuah majlis. Lihat sahaja muka Muhammad yang cukup bersahaja tu? Kacak persis bapanya.

Gambar: @dianadanielleb

4) Que Haidar

Inilah dua permata bagi pelakon Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine. Ratu dan Cleopatra sangat comel dengan keletah mereka masing-masing.

Gambar: @quehaidarofficial

5) Nora Danish

Nora Danish menghabiskan hujung minggunya bersama putera kesayangan, Putra Rayqal Ramli bermain ATV di ATV Adventure Park, Kemensah.

Gambar: @noradanish

6) Rita Rudaini

Rita Rudaini sempat ber’wefie’ dengan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna di dalam kereta sambil menunggu anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin habis sesi persekolahan.

Gambar: @ritrud727

7) Nabila Huda

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Aksi hebat Keisha Laila ini sangat menyerupai Nabila Huda. Keisha sudah menunjukkan bakat lakonannya apabila turut berlakon teater disamping ibunya.

Gambar: @kupu_kupu

8) Aaron Aziz

Lihat sahaja aksi santai Aaron Aziz bersama Isterinya, Diyana Halik dan tiga anak mereka, Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa ketika bercuti di Switzerland. Bestnya!

Gambar: @aarondwiaziz

9) Johan

Alahai anak ayah! Inilah yang terjadi bila Johan menjaga anaknya, Nur Latifah Chantiq di waktu tengah malam. Terserlah elemen kebapaan pada Johan.

Gambar: @jozlynnhanania

10) Amy Mastura

Wah, Amy Mastura memang tak dimakan usia. Nampak macam sebaya seperti anak-anaknya, Adriana dan Adalia ketika mereka sedang bercuti di Universal Studios.

Gambar: @amymasturalerr

11) Fasha Sandha

Fasha Sandha dilihat membawa kedua permatanya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma bercuti ke Port Dickson. Inilah masanya untuk anda juga bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga tercinta.

Gambar: @fashasandha
 
 
Comments