Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Siapa Bapa Paling Hot?

Tidak semuanya berketul-ketul. Janji, ada karisma.

0
comments
Siapa Bapa Paling Hot?
Adakah Ben Affleck tersenarai dalam list kami?(Gambar: www.wallgallery.org)

Menjadi seorang bapa, membina keluarga dan mempunyai anak bukan alasan untuk anda tampil selekeh. Disini kami senaraikan 10 bapa terhangat musim ini untuk motivasi anda.

1) Ryan Reynolds

Gambar : www.popsugar.co.uk

Menerusi majalah People, bintang Deadpool ini tersenarai sebagai Sexiest Dad Alive dengan kehadiran isterinya, Blake Lively dan anak perempuannya, James Reynolds pada Disember 2014. Menyifatkan anak sebagai penyeri keluarga dan begitu teruja menjaga anaknya, Ryan gembira apabila impiannya mempunyai anak menjadi kenyataan.

2) Faizal Tahir

Gambar : mstar

Penyanyi berusia 37 tahun ini merupakan bapa kepada enam cahaya mata. Paling istimewa apabila Faizal telah mereka sebuah lagu berjudul ‘sayang’ bersempena pengalaman yang dilalui ketika anak perempuannya, Siti Rawdha Nur Jannah, 4, dimasukkan ke pusat perubatan akibat demam virus yang teruk.

3) Chris Hemsworth

Gambar : www.fanpop.com

Pembawa watak Thor ini cukup digilai wanita seluruh dunia. Jejaka berasal dari Australia ini cukup gembira dengan kehadiran tiga cahaya mata, India, Tristan dan Sasha. Dia dilihat sering membawa anak-anaknya bersiar dan terserlah ciri-ciri kebapaan yang seksi.

4) David Beckham

Gambar : www.esquire.co.uk

Menerima jolokan Sexiest Man Alive pada tahun 2015, bapa kepada empat orang anak ini sangat terkenal dengan ketampanan dan ketangkasannya ketika di padang bola. Namun setelah mengumumkan persaraannya pada Mei 2013, David Beckham semakin menyerlah dengan menjadi duta pelbagai jenama serta kerja-kerja amalnya bersama UNICEF.

5) Ryan Gosling

Gambar : dennisupkins.wordpress.com

Mula mendapat perhatian menerusi watak Nicholas Sparks di dalam filem romantik The Notebook, Ryan Gosling tersenarai sebagai bapa terhangat apabila dia menimang cahaya mata pertamanya, Esmeralda Amada Gosling. Ryan mungkin baru memasuki alam kebapaan namun ia tidak sesekali menjejaskan imejnya yang bergaya, tampan dan cukup diminati ramai.

6) Khairy Jamaluddin

Gambar : mysoccercommunity.com

Beliaulah definisi tall, dark dan handsome versi Malaysia. Menteri Belia dan Sukan ini merupakan suami kepada Nori Tun Abdullah dan bapa kepada tiga hero iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Averroes.

7) Usher

Gambar : www.bet.com

Usher memberikan nama manja untuk anaknya, “Cinco”. Kini dengan kehadiran dua cahaya mata, Usher tampak lebih segak, tegap dan pastinya vokal yang lebih baik.

8) Ashraf Sinclair

Gambar : www.ashrafsinclair.com

Ashraf Sinclair, pelakon Malaysia yang kini menetap di Indonesia bersama isterinya, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki mereka, Noah Sinclair diantara bapa terhangat di Malaysia. Imej terbaharunya yang berjambang menambah elemen ‘macho’ kepada jejaka kacukan ini.

9) Channing Tatum

Gambar : www.ellentv.com

Tidak adil untuk tidak meletakkan Channing Tatum di dalam senarai bapa terhangat kami. Hidup bahagian bersama dengan isterinya, Jenna Dewan-Tatum dan anak perempuannya, Everly, Channing Tatum tetap kelihatan kacak dan seksi walaupun hanya dengan keluar membawa anak-anaknya berjalan.

10) Tom Brady

Gambar : www.theonion.com

Bintang football ini merupakan ayah kepada tiga cahaya mata iaitu Benjamin, Vivian dan John. Selain kerjayanya yang sering membuatkan dia menjadi tumpuan, Tom Brady juga merupakan suami kepada model dengan pendapatan paling tinggi sepanjang 2015, Gisele Bundchen.

 
 
Comments