Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

5 Jejaka Tampan Hero Malaya

Lima pelakon pelapis berbakat besar yang bakal meletakkan nama mereka sebaris dengan hero malaya dambaan jiwa.

0
comments
5 Jejaka Tampan Hero Malaya
Azrel Ismail (Gambar: Azrelismail.com)

Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Keith Foo, Remy Ishak, Farid Kamil dan Shaheizy Sam cukup terkenal di layar perak. Kemunculan mereka sudah cukup menarik penonton ke panggung. Namun selama mana mereka akan terus diangkat sebagai hero atau pelakon utama? Tiada lagikah muka-muka baru sebagai pelapis? Atau benar industri kita ketandusan pelakon berkaliber sebagai tunggak utama filem? Kami senaraikan lima pelakon baru yang cukup berbakat. Kehadiran mereka dalam industri sudah agak lama tetapi rezeki belum memihat kepada mereka untuk memegang watak utama. Mereka punyai pakej lengkap, bertubuh kekar, berwajah tampan dan berjaya menawan ribuan wanita menerusi lakonan mereka di dalam drama.

Syarul Ridzwan

Pelakon berusia 27 tahun ini cukup dikenali di kalangan penonton drama tempatan. Dia sering membawakan watak lelaki budiman yang cukup disenangi atau lelaki curang dan angkuh. Antara naskhah yang telah dilakonkan pelakon ini yang selesa menggunakan nama Saharul Ridzwan ialah Hati Perempuan dan Romie Cinta Julia. Dia turut melibatkan diri di pentas teater melalui naskhah Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk dan Bawang Putih Bawang Merah. Keserasiannya berlakon bersama Mia Ahmad dan Fira Filzah telah terbawa-bawa di luar set. Gandingannya bersama Siti Saleha, Izara Aisyah, Nad Zainal dan Maya Karin tentunya mampu mencetus fenomena.

Gambar: bharian.com.my

Shukri Yahaya

Tahun keempat dalam industri sejak kemunculan pertamanya dalam filem Jiwa Taiko arahan Osman Ali. Pelakon yang dikenali sebagai Jericho Malaysia ini cukup terkenal dalam variasi watak filem dan drama. Antara naskhah lakonannya termasuklah Dia… Isteri Luar Biasa, Dendam 5 Beradik, Menjinak Ombak, Mahar Cinta Alia, Juvana, Utusan Ilahi, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Perempuan Itu Ibuku, Munajat Terhenti, Atukku Juniorku, Ular, Lari, Plan B, Tabuh Merdeka dan Suami Tanpa Cinta. Lakonannya bersama Fathia Latif kelihatan cukup serasi.

Gambar: Arkib

Ungku Ismail Aziz

Graduan sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde, Glasgow ini pernah berlakon dalam drama Terlanjur Mencintaimu, Apabila Kau Tersenyum, Sutun 2, Dunia Baru, Saka Jentayu, Kashaf Imani, Cici & Roy, 3 Janji, Syurgamu Ramadhan, Antara Garisan, Tetamu Rindu dan Cinta Si Bunga Tembam. Mula berlakon sejak tahun 2006. Serasi bergandingan dengan Siti Elizad, Siti Saleha dan Fazura.

Gambar: budiey.com

Fattah Amin

Mereka yang tidak mengenalinya tentu menyangka pelakon ini seorang yang sombong dan angkuh. Hakikatnya pelakon yang membintangi drama Hello Mr.Perfect, Cinta Ibadah, PlayBoy itu Suami Aku, Kerana Sarah, Memberku Hawa, Plan Cinta Tak Jadi dan Manisnya Bulan Madu ini cukup mesra dan mudah didekati. Serasi bergandingan dengan Fathiah Latif, Nad Zainal, Christina Stockstil dan Ramona Zam Zam.

Gambar: extra.tonton.com.my

Azrel Ismail

Pelakon baru yang mempunyai pakej lengkap sebagai hero. Azrel yang baru empat tahun berkecimpung dalam bidang seni mempunyai wajah tampan persis Remy Ishak dan bertubuh kekar. Seorang model dan pelakon yang mula terkenal menerusi iklan Shell, Darlie dan Ambank, telah membintangi drama serta telefilem tempatan seperti Cinta Buat Emelda, Syurga Nur, Si Montel, Gondola Cinta, Nasi Ayam Duda, Apam Lemak Manis dan pelakon utama Fajar Di Bukhara serta drama web Oscar I Miss You. Gandingan serasinya dengan Mia Ahmad dan Tiz Zaqyah.

Gambar: extra.tonton.com.my
 
 
Comments