Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Saya Tidak Pernah Hubungi Sherry" - Ashraf Muslim

Terkejut mendapat tahu berita tersebut daripada kedua-dua isteri beliau.

0
comments
Cerita saya menghubungi Sherry tidak betul sama sekali.
"Rumah tangga saya bersama dua isteri sudah cukup bahagia dan tiada sebab kenapa saya perlu menghubungi Sherry lagi", tegas pelakon dan penerbit, Ashraf Muslim, 35, yang dikatakan kembali menghubungi bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim selepas pelakon itu putus cinta dengan pelakon Fattah Amin dua minggu lalu.

Ashra berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan Sherry selepas mereka putus cinta beberapa tahun lalu.
 
"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu  dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.
 
"Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali.  Selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang dan tiada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian," katanya.
 
Kehidupan saya bahagia dengan isteri-isteri dan anak-anak.

Menurut Ashraf, perkara yang tidak betul tidak perlu diperbesarkan kerana ia boleh menimbulkan fitnah. 
"Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.
 
"Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri," katanya.

Dalam masa sama, Ashraf yang juga pelakon drama Mr Boss Miss Stalker bersyukur apabila dia kini diberi kehidupan yang bahagia bersama dua isteri dan tiga anaknya.
 
 
Comments



Back to top