Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Enam Selebriti Berentap Kemahiran Memandu

Selebriti ini terbabit dalam program realiti terbaru, Celebrity Car Wars

0
comments
Enam Selebriti Berentap Kemahiran Memandu
Bekas Ratu Cantik Malaysia Universe, Andrea Fonseka bersaing dengan lima selebriti lain dari negara Asia berbeza untuk program realiti terbaru, Celebrity Car Wars. (Gambar: History)
Peminat kereta pastinya teruja menyaksikan acara perlumbaan atau pertunjukkan kereta. Namun, pertunjukkan ini akan menjadi lebih seronok dan dramatik apabila selebriti terbabit sama sebagai peserta.

Sebuah program realiti terbaru, Celebrity Car Wars akan menemui penonton Astro saluran History yang memaparkan enam selebriti berentap sesama sendiri dalam cabaran memandu.

Mereka terdiri daripada bekas Ratu Cantik Malaysia Universe, Andrea Fonseka; deejay dan pengacara TV, PK Piyawat Kempetch (Thailand); aktor dan pengacara, Allan Wu (Singapura); bekas model antarabangsa dan personaliti TV, Joey Mead King (Filipina), penyampai radio dan personaliti media, KC Montero (Filipina) dan pengacara TV, Marc Nelson (Filipina). 

Memberi tarikan, pelumba profesional negara, Alex Yoong juga dijemput sebagai pakar jemputan dalam program ini yang dibawakan Caltex dengan kerjasama Garmin Corporation.

Bekas pelumba Formula 1 negara, Alex Yoong turut dijemput sebagai tetamu dalam program realiti, Celebrity Car Wars. (Gambar: History)
Berdepan dengan pelbagai cabaran berbeza selama lapan minggu, selebriti ini perlu mempamerkan kemahiran memandu yang memberikan markah untuk memenangi hadiah dan menyertai kelab eksklusif, Celebrity Car Wars Hall of Fame.

Dalam episod pertama umpamanya, mereka perlu memandu dalam kelajuan 80 kilometer/sejam sebelum brek tanpa melanggar tembok. Program yang dihoskan Bobby Tonelli ini akan disiarkan menerusi saluran History (saluran 555 dan HD 575) bermula 29 Ogos ini jam 10 malam.

Enam selebriti dari latar belakang berbeza bersaing dalam cabaran selama lapan minggu. (Gambar: History)
 
 
Comments



Back to top